Kalau korang ingat sebelum ni Blizzard ada buat teaser kepala Diablo kat suis dinding, padam nyala, padam nyala. Pastu bila orang tanya, dia kata “eh mana ada apa-apa, tu saje je main-main”. Well, to that i say “kepala b*na”. Harini, post tu dah hilang sebab dah kena delete.
Switch akan dapat Diablo III Eternal Collection. Perkataan “Collection” tu merangkum Reaper of Souls, Rise of the Necromancer dengan semua jadah updates untuk Diablo III setakat ini. Lepas tu, sebagai jajan, pembeli akan dapat armor set ala-ala Ganondorf dari The Legend of Zelda.
Lagi perincian pasal multiplayer plak. Versi Switch ni akan membolehkan korang main multiplayer macam-macam cara. 4 orang local co-op guna 1 switch, 4 orang co-op lain-lain Switch tanpa internet hinggalah ke online co-op. Boleh jugak local sket, selebihnya kat internet.
Harga? $59.99. Bila keluar? Tahun ni..ala tolak bulan ni, kira 4 bulan je lagi. Agak-agaknya sebelum krismas. Dia saja nak anak-anak mat saleh sibuk main Switch masa beraya kat rumah sedara masa krismas…
Boleh tengok Deckard Cain mati kat skrin kecik plak.
Pesanan khidmat masyarakat: tolong lah beli Switch.
@gamersantaimy
Discussion about this post