Dengan pelancaran Diablo II: Resurrected tidak lama lagi, pasti anda berasa tak sabar untuk bermain permainan itu. Dalam Diablo II: Resurrected, anda boleh mengalahkan musuh-musuh Burning Hells dengan lapan pemain dalam mod cooperative permainan yang juga membolehkan anda membina pasukan tentera secara berkesan. Tetapi, anda mesti tidak tau bagaimana ingin membina pasukan impian anda kerana terdapat 7 kelas dan 210 kemahiran untuk dipilih. Jangan risau! Kami disini bersedia untuk bantu anda.

Setiap komposisi yang kami cadangkan boleh digunakan untuk pebagai bilangan parti tetapi ia hanyalah contoh dari banyak kombinasi multiplayer. Jadi, anda tidak perlu mengikut 100% komposisi ini dan berseronoklah dengan mencuba kombinasi terbaru untuk menjadikan permainan lebih menarik. Mari kita lihat contoh parti yang anda boleh bina dalam Diablo II:Resurrected!
Damage Boosting
Ingin membuat serangan yang kuat? Anda boleh cuba beberapa contoh pasukan damage-boosting. Asas binaan pasukan ini sangat mudah. Anda perlukan kelas yang memberikan damage amplification dengan kelas lain yang dibina. Ini boleh membuatkan damage yang sangat tinggi.
Terdapat banyak cara untuk membina parti yang menaikkan damage, jadi jangan risau untuk bereksperimen dengan kemahiran berbeza dan cari yang paling sesuai untuk parti anda. Berikut merupakan konsep komposisi yang anda boleh cuba:
Elemental damage
Gabungkan Paladin dengan kemahiran Conviction atau Necromancer dengan kemahiran Lower Resist dengan Sorceress, Amazon berkhususkan Javelin, atau Assassin yang berkhususkan perangkap.

Conviction adalah kemahiran Offensive Aura untuk Paladin. Ia dapat digunakan untuk mengurangkan resistance fire, cold dan lightning pada raksasa berdekatan, membolehkan Paladin dan rakan-rakan memintas kekebalan elemental, kecuali untuk kekebalan poison.
Begitu juga, skill Lower Resist Necromancer yang menjadikan serangan elemental memberi damage tinggi pada raksasa, meningkatkan penerimaan terhadap elemental magic termasuk poison.

Kedua-dua ini boleh digunakan dengan sebilangan besar kelas yang khusus dengan elemental damage. Oleh sebab Sorceress khusus dalam unsur sihir, dia adalah calon paling ideal untuk berpasangan dengan Paladin atau Necromancer anda. Kelas lain yang boleh anda bawa termasuk Amazon yang menggunakan javelin dan Assassin yang menggunakan perangkap.
Amazon yang menggunakan javelin adalah damage-dealer yang boleh menggunakan kemahiran seperti Lightning Fury, menjadikannya pilihan yang kuat untuk mana-mana kumpulan. Bagi Assassin pula, Traps tree mempunyai kemahiran yang kuat seperti Lightning Sentry yang sinergi baik dengan kelas lain semasa co-op.
Gabungan jenis damage
Sekiranya anda mencari cara yang sangat serba boleh semasa membuat parti, cuba gunakan pelbagai kelas di mana setiap ahli khusus dalam melakukan damage yang berlainan. Dengan menggabungkan elemental damage dan physical damage, anda dapat melindungi base anda dan mengatasi musuh yang mempunyai kekebalan berbeza dalam pengembaraan anda.
Physical damage-dealers
Berikut merupakan beberapa calon bersama kemahiran yang anda boleh gunakan untuk menjadikan physical damage parti anda kuat :
- Barbarians = Whirlwind / Frenzy
- Paladin = Fanaticism
- Druid = Heart of Wolverine
- Necromancer = Raise Skeleton / Skeleton Mastery

Elemental damage-dealers

Pertimbangkan untuk menambahkan watak yang mampu menangani pelbagai jenis elemental damage dalam parti anda, terutamanya jika anda berlari dengan sekumpulan empat atau lebih orang. Ini untuk menangani damage resistance musuh dengan lebih mudah. Terdapat empat jenis elemental damage iaitu fire, cold, lightning dan poison.
Banyak kelas dalam Diablo II:Resurrected boleh menangani elemental damage bergantung pada kemahiran yang dipilih. Anda boleh bereksperimen dengan binaan yang berbeza dan mencuba setiap bakat untuk melihat apa yang paling sesuai untuk anda dan parti semasa dalam permainan. Contohnya seperti berikut:
Fire damage
- Sorceress dengan kemahiran fire spells
- Druid menggunakan skill tree Elemental fire spells
- Assassin dengan kemahiran Wake of Fire
- Amazon yang menggunakan bow
- Paladin dengan kemahiran Holy Fire
- Necromancer dengan Fire Golem
Ice damage
- Sorceress yang menggunakan cold spells
- Amazon dengan Freezing Arrow
- Paladin dengan kemahiran Holy Freeze
- Druid menggunakan Arctic Blast
- Assassin dengan kemahiran Blades of Ice
Lightning damage
- Amazon dengan kemahiran Lightning Fury
- Assassin dengan kemahiran Lightning Sentry
- Paladin dengan Holy Shock
- Sorceress yang menggunakan lightning spells
Poison damage
- Druid dengan Rabies
- Assassin menggunakan Venom
- Necromancer menggunakan Poison
- Javelin yang menyebarkan Plague
Jangan teragak-agak untuk bereksperimen dengan pelbagai kemahiran atau meneliti komposisi parti popular lain semasa anda co-op dengan yang lain! Setiap kelas membawa sesuatu yang unik untuk pengalaman Diablo II: Resurrected dan mengetahui bagaimana komposisi yang lain antara satu sama lain.
Anda akan dapat berkumpulan dengan rakan-rakan apabila Diablo II: Resurrection pada 23 September. Alami kisah epik yang terbentang sambil anda membongkar nasib Prime Evils. Untuk membaca liputan lanjut mengenai permainan ini, anda boleh klik di sini.
Sumber: PlayStation Blog

@gamersantaimy
Discussion about this post