Hari ini, Diablo mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan seniman terkenal Adam Miller untuk menambah karya ‘demonic’ artistik Diablo 4 di siling sebuah katedral di Perancis.

Ini merupakan sebahagian daripada kempen Diablo 4 bersama artis Baroque terkenal Adam Miller, pengarah MJZ Henry Hobson, Charles Dance daripada Game of Thrones, dan Blizzard Entertainment untuk membawa imej-imej dan adegan-adegan daripada game ke dunia sebenar dalam suasana yang benar-benar gothic.
Mural 160 kaki adalah gabungan 20 lukisan unik yang meliputi siling dan kubah, bersama dengan mural besar di sepanjang dinding belakang katedral. Untuk mencapai kejayaan ini, Miller dan pasukannya harus mengecat pada kanvas sebelum memasangnya di katedral untuk menepati konsep seni bersejarah seperti Caravaggio dan Michelangelo. Menurut Miller;
“Ini adalah projek yang sangat unik. Ini adalah satu peluang yang baik untuk melukis dalam suasana seperti ini pada skala besar dengan lukisan kiasan.”
Di samping itu, sebuah video pendek turut dirakam yang menunjukkan proses belakang tabir dan juga mural yang disiapkan di dalam katedral.
Diarahkan oleh Henry Hobson dan diceritakan oleh Dance Charles (Game of Thrones), video pendek itu dibuat supaya penonton dapat merasakan ruang, seni, dan ‘jalan cerita’ bagi Diablo 4. Sepanjang rakaman, penonton boleh melihat mural lain bagi lima kelas watak dari Diablo 4 ketika mereka bertembung dengan kuasa-kuasa jahat untuk menentukan pihak mana akan menang – cahaya atau kegelapan.

Sebagai salah satu game yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2023, Diablo IV akan dikeluarkan pada 6 Jun di Windows PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4.
Pada masa yang sama, Blizzard Entertainment juga mengumumkan ‘open beta test’ bagi Diablo 4 yang akan bermula 24 hingga 26 Mac. Early Access untuk Beta akan bermula dari 17 Mac – 19 Mac buat pemain yang membuat pre-order.
@gamersantaimy
Discussion about this post