Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo 4 mengembalikan Elective Mode, Blizzard sendiri mengesahkan!

Letakkan skill anda di mana sahaja kamu mahu.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 20, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Diablo 4 mengembalikan Elective Mode, Blizzard sendiri mengesahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam blog post baru di laman web Diablo 3, developer Blizzard mendedahkan kemas kini rekabentuk sistem untuk Diablo 4 yang akan datang. Matlamat post ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada komuniti Diablo, agar pasukan Diablo 4 tahu apa yang pemain inginkan. Post tersebut membincangkan beberapa perkara yang menarik tentang Diablo 4, tetapi lebih penting lagi, mendedahkan Elective Mode yang dikasihi dari Diablo 3 akan kembali dalam Diablo 4.

Secara umum, Diablo 3 dan 4 meletakkan beberapa kemahiran tertentu kepada butang-butang tertentu. Jika anda ingin menggunakan Primary Skill, ia ada pada LMB. Jika anda ingin menggunakan Defensive Skill, ia ada pada kekunci 1. Menghidupkan semula Elective Mode memberi pemain kuasa untuk memilih build mereka sendiri.

Mungkin anda tidak mahu menggunakan Primary Skill, kerana tidak ada kemahiran dalam kategori tersebut yang sepadan dengan build anda. Dengan Elective Mode, anda boleh meletakkan apa-apa skill pada LMB, atau mengisi build dengan Primary Skill di LMB, RMB, dan nombor kekunci. Ini adalah feature yang penting untuk pemain Diablo tegar, kerana ia membolehkan fleksibiliti yang anda perlukan untuk menghadapi cabaran Diablo yang paling sukar.

Di dalam post yang sama, Blizzard membetulkan tanggapan yang pemain dapat dari masa mereka dengan Diablo 4 di BlizzCon 2019.

“Terdapat satu tanggapan yang salah bahawa Diablo 4 akan mengunci skill ke slot spesifik kerana UI demo di BlizzCon. Seperti banyak perkara lain di dalam demo, UI masih tidak muktamad dan kami akan menyokong pemilihan skill gaya Elective Mode. Pemilihan skill dan tugasan akan selalu terbuka untuk semua pemain,” kata Blizzard.

Dengan post ini, Blizzard mengesahkan bahawa Elective Mode adalah kunci kepada pengalaman menyeluruh Diablo. Blizzard masih belum mendedahkan tarikh keluaran untuk Diablo 4. Semasa anda menunggu, mari lihat ulasan kami tentang BlizzCon 2019.

Sumber – Polygon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardBlizzcon 2019Diablo 4Elective Mode
Previous Post

Crossover antara Anime Berserk dan Black Desert SEA dalam acara yang istimewa!!

Next Post

Battle Royale makin gempak dengan kemaskini terbaru ‘Hero Mode’ di Rules of Survival!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Battle Royale makin gempak dengan kemaskini terbaru ‘Hero Mode’ di Rules of Survival!

Battle Royale makin gempak dengan kemaskini terbaru 'Hero Mode' di Rules of Survival!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd