Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Devil May Cry: Peak of Combat bakal dilancarkan secara global dengan versi bahasa Inggeris!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 17, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, Platform, Seram, Shooter
0 0
0
Devil May Cry: Peak of Combat bakal dilancarkan secara global dengan versi bahasa Inggeris!
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun kepada Devil May Cry: Peak of Combat , iaitu NebulaJoy telah mengumumkan bahawa game ini akan dilancarkan secara global untuk platform mobile. Studio tersebut juga mengesahkan bahawa mereka telah menukar tajuk game ini dari Devil May Cry: Pinnacle Combat, ke Devil May Cry: Peak of Combat selepas diterjemahkan dan bakal menerima lebih banyak bahasa selain bahasa Inggeris.

NebulaJoy menyatakan bahawa mereka sangat teruja dengan permintaan dari para peminat untuk memberikan Devil May Cry: Peak of Combat dilancarkan secara global. Jadi pasukan studio NebulaJoy telah bertungkus lumus menyiapkan game ini supaya ia tersedia dalam bahasa Inggeris serta bahasa lain untuk pemain merasai pengalaman gameplay yang hebat di mobile mereka.

Seperti siri Devil May Cry yang lain, game ini membolehkan anda untuk memilih watak seperti Dante dan Lady serta bertarung dengan bala tentera iblis. Matlamat game ini ialah anda perlu menyelesaikan setiap tugasan mengikut masa yang ditetapkan dan membunuh para iblis dengan penuh bergaya. Ia juga memiliki grafik yang menarik serta pelbagai ciri sistem hebat seperti Team Battle dan PvP secara real-time.

Selain itu Peak of Combat membawa konsep hack and slash yang dibangunkan hanya untuk platform mobile sahaja. Walaupun game ini memiliki banyak elemen yang diambil dari Devil May Cry 3, tetapi ia masih menawarkan jalan cerita yang baru kepada pemain seperti boss dan karakter antagonis baru.

Devil May Cry: Peak of Combat bakal dilancarkan secara global untuk pengguna Android dan iOS, tetapi tiada tarikh rasmi diumumkan lagi buat masa ini. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca pandangan pertama kami semasa mencuba ujian beta game ini.

Sumber: SiliconEra

Pra-daftar di sini
Devil May Cry: Pinnacle of Combat
Release Date TBC
iOS
Devil May Cry yang bebas dan fleksibel, gaya bertarung yang cantik dan tidak terkawal, dan pada masa yang sama, ia juga memberikan pemain pengalaman kombo mendalam dengan teknologi tangkapan gerakan terkemuka di industri
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Devil May Cry: Peak of Combatmobile gameNebulaJoy
Previous Post

Bullet Angel Season 2 Dilancarkan pada 24 Jun, MAT Chat Room & Gambaran Keseluruhan Permainan Musim Baru didedahkan

Next Post

Kenali lebih Cerita, watak dan gameplay Shin Megami Tensei V dalam pendedahan terbaru!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kenali lebih Cerita, watak dan gameplay Shin Megami Tensei V dalam pendedahan terbaru!

Kenali lebih Cerita, watak dan gameplay Shin Megami Tensei V dalam pendedahan terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd