Penganalisis industri permainan video, Daniel Ahmad, yang pakar dalam pasaran digital di China dan Asia Tenggara, telah menemui satu senarai besar 26 judul game asing yang baru sahaja diluluskan oleh Penyelia Gaming China untuk dilancarkan sekitar rantau ini.
Dalam proses itu, mereka telah akhirnya mengakui kewujudan beberapa permainan video, dan mungkin yang paling terkenal ialah Devil May Cry Mobile. Ahmad juga mendedahkan bahawa Devil May Cry Mobile sebelum ini telah diumumkan untuk pasaran China tahun lepas, sebagai tanda kerjasama antara Capcom dan Yunchang Games.
A new batch of 26 import/foreign titles was approved by China's gaming regulator today.
Includes FIFA Online 4 & Fox Spirit Matchmaker (Tencent), PES Mobile & Hidden World (NetEase), FF Brave Exvius (Xishanju), Devil May Cry Mobile (Yunchang) & more. pic.twitter.com/gPtT7pW8oc
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) August 8, 2019
Peminat francais DMC di China sudah boleh mula menikmati game ini di peranti mobile mereka. Selain itu, masih tidak diketahui sama ada Devil May Cry Mobile akan dilancarkan di Barat, dan Ahmad juga tidak menyebut sama ada ia boleh dimuat turun di iOS, Android, atau kedua-dua sistem operasi ini.
https://www.youtube.com/watch?v=dpABlV68Ays&feature=youtu.be
Antara 26 judul game yang diluluskan untuk keluaran di China ialah FIFA Online 4, game terbaru dalam free-to-play online football management untuk pasaran Asia; PES Mobile, versi kecil Pro Evolution Soccer oleh Konami ; Final Fantasy Brave Exvius, RPG mobile percuma oleh Square Enix dan dibangunkan oleh Alim; dan game anime Fox Spirit Matchmaker yang dikeluarkan oleh Tencent.
Sekali lagi, tidak banyak yang diketahui mengenai platform dan keluaran di luar China untuk mana-mana game ini. Memandangkan beberapa judul adalah sekuel kepada siri permainan video yang mempunyai sejarah eksklusif di Asia, agak sukar lah untuk buat peralihan ini, tetapi jangan putus asa dan sentiasa berharap okay gais!
Sumber – Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post