Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL – Tiket Boleh Dibeli Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Manga, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL – Tiket Boleh Dibeli Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat anime, berita baik untuk anda! Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL, yang bakal membuat penampilan sulungnya di Kuala Lumpur tidak lama lagi, akhirnya membuka peluang untuk pengunjung membeli tiket!

Dari 6 Disember 2024 (Jumaat) hingga 16 Februari 2025 (Ahad), anda boleh selami dunia menarik Detective Conan di Pavilion Bukit Jalil, Aras 2 (Pink Zone), yang dibuat khas untuk meraikan tiga dekad kisah penyiasatan, watak ikonik, dan jalan cerita dari Gosho Aoyama yang memukau minda semua orang di seluruh dunia.

Setelah menjelajahi bandar-bandar besar di Asia, pameran yang disayangi ini akhirnya tiba di Malaysia, menawarkan peminat peluang eksklusif untuk mengimbas kembali legasi siri anime dan manga yang tidak lapuk dek zaman. Dianjurkan oleh Mangosteems bersama ACO Media, acara ini menjanjikan pengalaman meneroka alam Detective Conan, lengkap dengan paparan menarik, detik ikonik, dan aktiviti interaktif.

Buat masa ini, info aktiviti dan kandungan acara belum diumumkan secara tepat, tetapi anda boleh nantikan info lanjut dalam masa terdekat. Berikut adalah butiran tiket:

Tiket Early Bird

  • Tempoh Jualan: 22 November 2024 – 5 Disember 2024
  • Harga:
    • Dewasa: RM 40
  • Ganjaran:
    • Terima 30th Anniversary Character Sticker (diberikan secara rawak).

Special Package

  • Tempoh Jualan: 22 November 2024 – 16 Februari 2025 (selagi stok masih ada)
  • Harga:
    • Dewasa: RM 150
  • Ganjaran:
    • Terima 30th Anniversary Character Sticker (diberikan secara rawak).
    • Detective Conan 30th Anniversary Acrylic Stand Set yang menampilkan 14 watak ikonik dalam pakaian ulang tahun ke-30.

Tiket Kemasukan Umum

  • Tempoh Jualan: 6 Disember 2024 – 16 Februari 2025
  • Harga:
    • Dewasa: RM 45
    • Tiket Conan (untuk peserta di bawah 103 cm): RM 30 (Hanya tersedia untuk pembelian di lokasi)
  • Ganjaran:
    • Terima 30th Anniversary Character Sticker (diberikan secara rawak).

Jika berminat, anda boleh membeli tiket Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL sekarang melalui Ticketek.

Untuk mengikuti perkembangan terkini, anda boleh mengikut media sosial Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Detective ConanDetective Conan 30th Anniversary Exhibition KL
ShareTweetSend
Previous Post

MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics – Versi Fizikal Dilancarkan Hari Ini!

Next Post

TableCon Quest Akan Muncul di AFA 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
TableCon Quest Akan Muncul di AFA 2024!

TableCon Quest Akan Muncul di AFA 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd