THQ Nordic dan pembangun, Black Forest Games telah melepaskan Destroy All Humans! Clone Carnage, spin-off multiplayer kendiri untuk pelbagai platform iaitu PS4, Xbox One, Steam dan Epic Games Store. Lebih menarik lagi, anda boleh mendapatkannya secara percuma sebagai bonus pra-tempah Destroy All Humans! 2 – Reprobed. Mari kami terangkan lebih lanjut mengenai game ini.

Clone Carnage akan datang dengan empat mode, enam peta, dan multiplayer sehingga empat orang pemain. Terdapat juga ciri split-screen untuk bermain multiplayer secara local. Inilah masanya untuk anda menggila dalam mode Rampage, Armageddon, Race dan Abduction. Anda boleh menonton trailer rasmi di bawah.
Berikut adalah ciri-ciri penting yang tersedia dalam Destroy All Humans! Clone Carnage berserta DLC:
- Ciri utama
- Alami sisi jahat dalam penceritaan klasik penaklukan makhluk asing
- Musnahkan manusia menggunakan kuasa Psi-Power dan senjata unik
- Rampas tubuh manusia dan musnahkan demokrasi mereka
- Hapuskan bangunan mereka dengan piring terbang anda
- Ciri DLC
- Bersaing dan musnahkan segala benda tidak kiralah sebagai manusia atau makhluk asing dalam talian
- Mulakan kemusnahan berganda dengan local multiplayer dengan split-screen
- Cabar kawan atau lawan anda dalam 4 mode game dengan 6 peta berbeza
- Kesemua skin daripada Destroy All Human! (2020) tersedia

Bukan setakat itu sahaja, Destroy All Humans! 2 – Reprobed juga telah mendedahkan tarikh pelancarannya iaitu pada 31 Ogos 2022. Krypto kembali untuk membuat huru hara di seluruh stage yang telah dirombak sepenuhnya. Senjata juga direka semula untuk memberi pilihan yang lebih menarik ketika menimbulkan kekacauan dan kemusnahan bangunan yang lebih baik ketika memancarkan death ray melalui piring terbang anda. Ia akan dilancarkan pada platform PS5, Xbox Series X|S dan Steam.
Anda bolehlah mula wishlist untuk kedua-dua game ini. Apabila ia lancar, boleh terus muat turun dan main nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post