Game shooter alien, Destroy All Humans! 2 – Reprobed yang telah dilancarkan pada Ogos yang lalu akan hadir ke konsol baharu iaitu PS4 dan Xbox One. Cuma ada perbezaan sedikit pada versi konsol ini. Ianya merupakan versi Single Player, di mana pemain tiada akses kepada mode multiplayer yang tersedia di konsol next-gen dan PC.
Destroy All Humans! 2 – Reprobed “Single Player” diumumkan akan lancar pada bulan 27 Jun ini untuk semua pemain PS4 dan Xbox One. Jadi anda yang suka main seorang diri, bolelah beli versi baharu ini apabila ia lancar nanti.

Destroy All Humans! 2 – Reprobed ialah game “open world action-adventure” yang dibangunkan oleh Black Forest Games dan diterbitkan oleh THQ Nordic. Ia adalah entri ke-6 dalam francais Destroy All Humans! dan merupakan remake kepada game original pada tahun 2006.

Berlatarkan tahun 1960-an, game ini berlangsung 10 tahun selepas peristiwa game pertama. Kali ini, Crypto (sejenis makhluk asing) kembali untuk membalas dendam terhadap KGB kerana meletupkan kapal utama Furon (planet di mana Crypto berasal).

Game ini sudah tersedia untuk PC, PlayStation®5 dan Xbox Series S/X dalam Standard Edition dan The Dressed to Skill Edition. Anda yang ingin membelinya, bolehlah ke pautan berikut:
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post