Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Destroy All Humans 2! – Reprobed – 2nd Coming Edition Unboxing — Crypto Selamat Mendarat di Bumi!

Maira by Maira
September 13, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, PS5, Unboxing
0 0
0
Destroy All Humans 2! – Reprobed – 2nd Coming Edition Unboxing — Crypto Selamat Mendarat di Bumi!
Share on FacebookShare on Twitter

Game Destroy All Humans! 2 Reprobed telah dilancarkan pada 30 Ogos yang lalu untuk untuk PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG.com. Kalau anda ingin tahu Destroy All Humans! 2 ini juga dikeluarkan dengan pelbagai edisi dan antaranya ialah Second Coming Edition. Terdapat pelbagai item yang tersedia khas untuk peminat game ini. Terima kasih THQ Nordics atas pemberian hebat ini. Ingin tahu apa yang tersedia dalam Destroy All Humans! 2 Reprobed Second Coming ini? Jom kita lihatnya bersama-sama!

destroy All Humans

Seperti edisi koleksi yang lain, Destroy All Humans! 2 Reprobed Second Coming memberikan salinan game dan kandungan digital khas untuk pemain. Memandangkan kami mendapat versi PS5, jadi sudah tentu kami mendapat CD game untuk dimainkan pada konsol tersebut. Antara kandungan yang diberikan ialah pek skin Crypto, DLC “Challenge Accepted” dan juga game tambahan Clone Carnage! Anda boleh klik pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game tersebut.

Selain itu, terdapat artbook juga artbook yang mempamerkan pelbagai reka bentuk dan lakaran watak-watak yang muncul dalam game. Bukan itu sahaja, setiap senjata hebat yang dijumpai dalam game turut ada dalam artbook ini. Selain itu, tempat-tempat yang diterokai dalam game juga boleh diingati apabila melihatnya semula. Sebagai tambahan, ada juga komik pendek yang boleh dibaca. Terhibur jugalah hati ini apabila baca komik tersebut.

Alang-alang belek artbook itu, boleh juga pasang lagu dengan CD soundtrack yang diberikan. Terdapat 30 muzik yang anda boleh dengari. Tidak dilupakan juga dengan metal plate khas yang memaparkan Crypto.

Item utama yang menjadi tumpuan untuk second coming edition ini sudah tentu Crypto Statue! Dalam gambar anda mungkin nampak dia kecil tetapi tingginya mencecah 70 cm! Besar kan? Figura ini tidaklah sebegitu kalau tidak peratusan untuknya patah tinggi. Jadi kenalah pasang sendiri figura Crypto ini. Lepas pasang, barulah nampak kemegahan Crypto. Dia punya perincian memang mantaplah! Lagi-lagi dengan senyuman ganas Crypto. Aksesorinya seperti Anal Probe kelihatan seperti pistol betul. Nasib baik tidak boleh digunakan.

Seterusnya, terdapat juga Arkwobbler statue. Senang cerita, patung ini lebih kurang benda bergoyang yang selalu letak dalam kereta. Saiznya comel sahaja, jadi kalau nak dalam kereta sendiri juga sudah padan.

destroy All Humans

Itu sahaja yang kami boleh tunjukkan kepada anda. Kami juga telah review game ini sebagai rujukan anda. Untuk mendapatkan segala liputan lain unboxing kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Destroy All Humans 2! - ReprobedDestroy All Humans 2! - Reprobed - 2nd Coming EditionUnboxing
Previous Post

Review D&D: Journeys Through the Radiant Citadel – Permulaan bagus ke dunia kosmik

Next Post

Fire Emblem Engage Akan Dilancarkan Pada 20 Januari 2023! Trailer Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Fire Emblem Engage Akan Dilancarkan Pada 20 Januari 2023! Trailer Didedahkan!

Fire Emblem Engage Akan Dilancarkan Pada 20 Januari 2023! Trailer Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd