Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Destiny: Rising Buka Pra-Pendaftaran Global Di iOS, Info Lanjut Diumumkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer, Shooter
0 0
0
Destiny: Rising Buka Pra-Pendaftaran Global Di iOS, Info Lanjut Diumumkan
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games kini secara rasmi membuka pra-pendaftaran global untuk game mobile percuma Destiny: Rising di platform iOS, secara eksklusif melalui Apple App Store. Bermula hari ini, pemain dari seluruh dunia boleh mendaftar untuk membuka ganjaran istimewa apabila sasaran pra-pendaftaran dicapai.

Bagi pengguna iOS, pendaftaran Destiny: Rising boleh dibuat terus melalui App Store, manakala pengguna Google Play boleh mendaftar melalui laman web rasmi permainan. Maklumat lanjut untuk pra-pendaftaran di Google Play Store akan diumumkan kemudian.

Destiny: Rising mengambil latar masa alternatif dalam dunia Destiny dan dibangunkan oleh NetEase Games dengan lesen rasmi daripada Bungie. Game ini berlaku selepas Dark Age, iaitu selepas kejadian ‘Collapse’ yang besar, dan sebelum peristiwa dalam Destiny 1 dan Destiny 2.

Pemain akan mengambil peranan sebagai Lightbearers (pendahulu kepada para Guardian) yang meneroka usaha pemulihan manusia di penempatan seperti Haven.

Game ini menjanjikan jalan cerita yang luas serta gameplay pelbagai, menggabungkan perspektif first-person (FPP) dan third-person (TPP), dengan sokongan kawalan sentuhan dan juga controller.

Pemain boleh memilih daripada pelbagai watak hero, termasuk watak ikonik seperti Ikora Rey serta watak boleh suai utama bernama Wolf.

Terdapat pelbagai mod ditawarkan seperti misi kempen, Strike secara koperatif enam pemain, mod PvE, PvP, serta aktiviti baharu seperti “Haven Ops” dan “Gauntlet Ops,” yang direka untuk memenuhi citarasa pemain solo mahupun multiplayer.

Kredit: NetEase Games

Pada 29 Mei 2025, ujian beta tertutup yang penuh dengan ciri baharu akan dilancarkan secara eksklusif untuk pengguna Google Play di Amerika Syarikat dan Kanada. Beta ini bakal memperkenalkan kemas kini penting dari segi jalan cerita dan pengalaman gameplay, memberikan gambaran awal kepada pemain mengenai kandungan yang bakal tiba.

Antara sorotan utama beta ini termasuk:

Kredit: NetEase Games
  • Jalan Cerita Tambahan: Pemain akan menjelajah kawasan Red Sea Rift yang penuh bahaya, membongkar rahsia sumpahan di Veridia, dan menggagalkan rancangan jahat Cabal.
  • Watak Baharu: Dua hero baharu yang boleh dimainkan—Xuan Wei, pengguna kuasa Arc, dan Umeko, pakar stealth dengan kebolehan Void—akan menyertai senarai watak.
  • Misi dan Cabaran Baharu: Termasuk misi kempen baru yang berkait dengan Red Sea Rift, peta Strike tambahan, dan tahap kesukaran Master yang direka untuk menguji keupayaan Lightbearer yang paling hebat.
  • Aktiviti Santai: Untuk pemain yang ingin berehat daripada pertempuran, beta ini memperkenalkan aktiviti memancing di Haven, bersama pelbagai rahsia tersembunyi dan teka-teki persekitaran bagi pengalaman bermain yang lebih santai.
Kredit: NetEase Games

Untuk maklumat lanjut serta cara menyertai ujian beta tertutup Destiny: Rising, layari laman rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Destiny: Rising
ShareTweetSend
Previous Post

Peminat Malaysia Berpeluang Temu Hideo Kojima & Yoji Shinkawa Di Death Stranding World Strand Tour 2!

Next Post

SHINOBI: Art of Vengeance – Trailer Baru Kenalkan Neo City & Oboro Village

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 – Anda Boleh Main Sebagai Akuma!
DLC

Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 – Anda Boleh Main Sebagai Akuma!

May 22, 2025
Reviu Days Gone Remastered – Bersedia Untuk Dikejar Segerombolan Zombie Sekali Lagi?
Review

Reviu Days Gone Remastered – Bersedia Untuk Dikejar Segerombolan Zombie Sekali Lagi?

SHINOBI: Art of Vengeance – Trailer Baru Kenalkan Neo City & Oboro Village
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Trailer Baru Kenalkan Neo City & Oboro Village

May 22, 2025
Next Post
SHINOBI: Art of Vengeance – Trailer Baru Kenalkan Neo City & Oboro Village

SHINOBI: Art of Vengeance - Trailer Baru Kenalkan Neo City & Oboro Village

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd