NetEase Games, bersama Bungie, bakal melancarkan Destiny: Rising, sebuah RPG first-person shooter free-to-play untuk peranti mobile, pada 28 Ogos ini.
Ia akan tersedia di iOS melalui App Store dan di Android melalui Google Play, membawa dunia ikonik Destiny ke skrin telefon dengan naratif baharu dan pengalaman gameplay yang penuh aksi.
Berlatarkan garis masa alternatif dalam era selepas Dark Age, Destiny: Rising mengajak pemain menyelami dunia fiksyen sains yang teramat luas. Pengembaraan bermula di Bumi masa hadapan yang sedang bangkit semula selepas peristiwa “The Collapse.”
Dari tempat perlindungan Haven, pemain akan mengembara ke pelbagai lokasi seperti dunia bawah tanah kuno Jiangshi yang beku hingga ke kawasan gersang Red Sea Rift. Sepanjang perjalanan, pemain akan merungkai rahsia tersembunyi dan memainkan peranan dalam membentuk masa depan manusia.

Game ini menampilkan pelbagai watak Hero yang boleh dimainkan, masing-masing dengan abiliti tersendiri, latar belakang yang unik, dan gaya combat yang berbeza.
Pemain berpeluang menjelajahi dunia besar yang dikongsi bersama, serta mencuba pelbagai mod permainan: daripada misi kempen dan serangan cooperative enam pemain, hinggalah mod multiplayer yang kompetitif.
Sama ada anda gemar bermain dalam perspektif first-person yang lebih imersif atau third-person yang baharu, game ini menyokong kawalan sentuhan skrin dan penggunaan controller yang serasi, memberikan kawalan pertempuran yang lebih tepat dan menyeronokkan.

Destiny: Rising turut memperkenalkan senjata exotic yang hebat, di mana pemain boleh menyesuaikan senjata mengikut cita rasa masing-masing dan bereksperimen dengan pelbagai mekanik combat untuk menewaskan musuh yang mencabar.
Aspek multiplayer menjadi fokus utama, dengan pemain boleh menubuhkan klan, menikmati mod permainan yang santai, dan menghias ruang sosial mereka.
Sama ada bekerjasama dalam misi cooperative atau bersaing dalam mod player-versus-player, Destiny: Rising menggalakkan pembentukan komuniti dalam talian yang aktif di mana pemain boleh berinteraksi dan menguji kehebatan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post