Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer : Siapa sebenarnya KOKUSHIBO, Upper-Rank One dalam Twelve Kizuki?

Maira by Maira
April 7, 2022 - Updated on February 3, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Demon Slayer : Siapa sebenarnya KOKUSHIBO, Upper-Rank One dalam Twelve Kizuki?
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak wujudlah siri Demon Slayer kalau tidak ada demon kan? Tahukah anda bahawa demon juga mempunyai pangkat mereka tersendiri. Di sinilah peranan Twelve Kizuki, yang merupakan demon terkuat yang dalam puak tersebut. Upper-Rank One dalam Twelve Kizuki merupakan demon yang paling kuat dan juga paling susah untuk dikalah. Kali ini, kami ingin menceritakan sedikit mengenai Upper-Rank One demon iaitu Kokushibo. Kalau anda hanya penonton anime, artikel ini mempunyai spoiler. Tanpa membuang masa, jom kita lihat bagaimana Kokushibo menjadi demon terkuat dalam siri ini.

AMARAN! SPOILER MANGA DEMON SLAYER DIBAWAH!

Kalau anda ingin tahu, Kokushibo tidak pernah turun daripada Upper-Rank One dan dengan keizinan Muzan, dia boleh memakan mana-mana demon yang berani mencabarnya kerana ingin merampas kedudukannya. Akaza yang telah mencabar Kokushibo tiga kali, adalah satu-satunya demon yang tidak dimakan olehnya suka cabaran berlawan dengannya. Muichiro Tokito yang mampu menewaskan Upper Rank-Five seorang diri juga kehilangan tangan apabila berlawan dengan Kokushibo, termasuklah Himejima yang dianggap sebagai Hashira terkuat olehnya.

Kokushibo sebenarnya seorang Demon Slayer bernama Michikatsu Tsugikuni, sebelum dia ditukarkan menjadi demon oleh Muzan. Sebab itu dia boleh menggunakan “Teknik Pernafasan.” Lebih menarik lagi, dia sebenarnya abang kembar kepada pencipta teknik tersebut iaitu Yoriichi Tsugikuni. Berbeza dengan adiknya itu, dia tidak mempunyai bakat sebagai ahli pedang tetapi dia mempunyai impian besar untuk menjadi samurai terhebat di seluruh Jepun. Disebabkan itulah dia menjadi iri hati terhadap kembarnya yang bukan sahaja berbakat dengan menggunakan ilmu pedang tetapi tidak berminat dengan ilmu tersebut.

Setelah berpisah dengan Yorichii, Michikatsu mempunyai kehidupan yang tenang bersama keluarganya. Tetapi setelah diselamatkan oleh Yorichii daripada demon, dia teringat kembali impiannya dan membuat keputusan untuk meninggalkan isteri dan anaknya untuk menjadi demon slayer. Dia juga telah diajar untuk memahiri “Teknik Pernafasan” dan mendapat teknik Moon-Breathing. Tetapi teknik itu masih tidak boleh menandingi Sun-Breathing milik Yorichii. Disebabkan itulah, Michikatsu mengeluarkan Mark-nya tersendiri, yang boleh meningkatkan kekuatan dan kebolehannya.

Michikatsu yang terdesak untuk menjadi ahli pedang yang lebih kuat, telah menerima tawaran Muzan untuk menukarnya menjadi demon pertama yang menggunakan “Teknik Pernafasan.” Selepas Muzan hampir dibunuh oleh Yorichii, dia sebagai Kokushibo telah mengembara bersama Muzan ke seluruh Jepun untuk menghapuskan sesiapa yang mengetahui Sun Breathing. Entah macam mana mereka terlepas pandang keluarga Kamado, Kokushibo dan Muzan mengelak daripada berjumpa Yoriichi kerana tahu mereka tidak berpeluang untuk menentangnya.

Kami tidak mahu bercerita lebih sangat kerana pertarungan demon slayer dengan Kokushibo memang gempak. Tunggu sahaja apabila anime yang adaptasi babak ini ditayangkan nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.

Sumber: Fandom Demon Slayer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerKokushibo
Previous Post

Mobile Legends MSC 2022 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia buat julung kalinya

Next Post

Acer Malaysia perkenalkan monitor baru & tawaran “Sinar Raya bersama Acer”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Acer Malaysia perkenalkan monitor baru & tawaran “Sinar Raya bersama Acer”

Acer Malaysia perkenalkan monitor baru & tawaran “Sinar Raya bersama Acer”

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd