Nampaknya Malaysia makin mendapat perhatian dalam dunia ACG. Kali ini, peminat anime di Malaysia dapat pula pameran khas siri anime Demon Slayer tahun depan! Jom kami cerita lebih lanjut kepada anda.

Pameran “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition” akan berlangsung di Malaysia bermula 18 Februari sehingga 18 Mei 2023. Ianya bertempat di Aras 2, Pavillion Bukit Jalil. Kalau anda ingin tahu, pameran ini dijalankan dengan kerjasama ACO MEDIA, Metalive World, Muse Communication dan Mediasphere Communications.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana rupa pameran ini, betul tidak? Konsep dan kandungan pameran ini berdasarkan pameran yang telah dilakukan di Jepun. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga barangan watak versi SD (super deformation) eksklusif untuk Malaysia yang baru dilukis oleh Ufotable, studio produksi Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba.

Senang cerita, peminat di Malaysia menjadi orang yang bertuah untuk dapat melihat pameran ini tanpa perlu ke luar negara. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition juga ada membawa replika 1:1 Nichirin Sword, pengenalan lebih terperinci tentang uniform dan ahli Demon Slayer Corps, mekanisme khas yang menghasilkan efek Infinity Castle dalam House of Demon, skrin sebesar 9 meter yang menayangkan pertarungan di Mount Natagumo dan ilustrasi hebat oleh Akira Matsushima.

Terdapat juga dua zon baharu yang ditambah iaitu “Shinobu & Kanao” dan “Mugen Train Arc”! Paling best sekali, anda boleh mendapatkan sijil Demon Slayers Corps edisi terhad dengan menyertai game interaksi melalui telefon pintar anda.
Bukan calang-calang kandungan yang dibawa ke Malaysia untuk peminat! Ada pelbagai lagi aktiviti menarik serta cerita unik yang boleh diterokai oleh peminat bersama-sama rakan dan keluarga! Apa pun, anda simpan dahulu tarikh pameran Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition dalam kalendar 2023 anda!

Maklumat mengenai penjualan tiket telah diumumkan! Rujuk gambar di bawah untuk melihat harga tiket untuk pameran ini.

Jangan lupa untuk mengikuti Facebook dan Instagram ACO Media untuk mendapatkan maklumat lanjut pameran tersebut. Berikut adalah maklumat ringkas untuk pameran:
- Tarikh: 18 Februari 2023 (Sabtu) – 18 Mei 2023 (Khamis)
- Masa: 10 pagi – 10 malam (setiap hari) *waktu akhir kemasukan ialah jam 9:30 pm
- Tempat: PAVILION BUKIT JALIL, LEVEL 2
- Pembelian tiket: Ticket2U (rujuk tarikh melalui gambar harga tiket)
[UPDATE]
Disebabkan tarikh pameran sudah semakin dekat, anda kini boleh menempah tiket lebih awal untuk mendapat tawaran yang lebih murah. Untuk menempah, anda boleh layari laman web Ticket2U di sini.
Tunggu apa lagi geng, cepat tempah tiket anda sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post