Selepas dilancarkan pada Oktober lalu di konsol PS, Xbox dan PC, akhirnya Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles tiba ke Nintendo Switch. Ia merupakan game aksi yang berdasarkan siri anime popular, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang bersiaran pada April 2019. Pemain akan mengalami semula dunia Demon Slayer dalam dua mode epik iaitu Adventure mode dan Versus mode.
Pemain boleh memilih daripada 24 watak tersedia dalam versi Nintendo Switch, termasuklah enam watak baru yang ditambah dalam platform lain.

Versi Switch juga datang dengan Kimetsu Point yang boleh digunakan untuk membuka watak lain dan pakaian termasuklah Butterfly Mansion Patient Wear yang dilepaskan sebagai bonus dalam edisi deluxe. Pemain juga boleh terus mengakses pakaian Kimetsu Academy Summer Uniform untuk watak dalam Versus Mode.
Terdapat juga bonus lain untuk pembelian awal versi fizikal Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles untuk Nintendo Switch, seperti stiker yang memaparkan ilustrasi watak yang comel oleh Ufotable.

Gambaran keseluruhan game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles
< Adventure Mode >
Anda akan bermain sebagai Tanjiro dan selami cerita daripada anime. Ini termasuklah arc Unwavering Resolve, di mana Tanjiro memulakan perjalanannya, menyertai Demon Slayer Corps dan berlawan pelbagai demon serta arc Mugen Train, di mana Tanjiro ditemani oleh Flame Hashira, Kyujuro Rengoku. Anda akan rasakan pertarungan melawan demon yang serupa dengan anime yang dibawakan dengan grafik hebat game.
< Versus Mode >
Watak Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba kini berada ditangan anda; daripada adik-beradik Kamado sehingga watak demon seperti Lower Five, Rui dan Upper Three, Akaza. Pilih watak kegemaran daripada pilihan 24 watak dan rasai perlawanan epik!
Kami juga ada memberikan review terhadap game ini pada tahun lepas. Kalau anda merujuknya jika teragak-agak untuk bermainnya. Boleh juga lawati laman web rasmi untuk ketahui lebih lanjut game Demon Slayer ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Demon Slayer daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post