Penerbit Aniplex dan pembangun CyberConnect2 akan mengeluarkan tiga kemas kini percuma untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles pasca pelepasan. Setiap kemas kini itu akan menambah dua watak baru yang dapat dimainkan. Perkara ini didedahkan dalam terbitan terbaru Weekly Jump. Ini bermaksud pemain akan mendapat enam karakter tambahan yang boleh dimainkan secara percuma dalam permainan itu.

Syarikat terbabit pernah memberitahu bahawa mereka akan membawa masuk karakter demon dalam permainan itu dalam kemas kini pasca pelepasan. Buat masa ini, masih tidak diketahui jika karakter percuma ini merupakan karakter demon yang dikatakan. Maklumat lebih lanjut mengenai permainan dan karakter yang boleh dimainkan akan didedahkan pada masa akan datang.

Karakter seperti Kamado Tanjiro, Kamado Nezuko, Inosuke dan Rengoku telah diumumkan boleh dimainkan dalam permainan. Selain itu, Kimetsu Academy, versi alternatif karakter tersebut juga boleh digunakan oleh pemain. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan menampilkan ciri dual audio. Sarikata juga disediakan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, dan Sepanyol untuk pelepasan tajuk global.

Tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles
Dalam permainan ini, anda dapat mengalami semula kisah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dalam “Solo Play Mode”, dan bertarung sebagai watak-watak yang muncul dalam anime di “Versus Mode.” Dalam Mode Versus, yang boleh dimainkan di luar talian atau dalam talian, pemain dapat menikmati pertempuran 2-v-2 yang menyeronokkan dengan kawalan mudah menggunakan kombinasi watak yang muncul dalam anime, termasuk Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, dan banyak lagi. Selain itu, Ufotable, studio yang menghasilkan anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, juga mencipta visual utama baru untuk permainan ini.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan tersedia untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC melalui Steam. Ia akan dilancarkan di Jepun pada 14 Oktober 2021, dan akan dilancarkan di seluruh dunia pada 15 Oktober 2021. Pengguna yang membeli Digital Deluxe Edition akan dapat mula bermain pada 13 Oktober 2021.
Untuk liputan lanjut mengenai permainan ini, anda boleh klik di sini.
Sumber: Gematsu

@gamersantaimy
Discussion about this post