Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 Akan Datang Pada 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2 Akan Datang Pada 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekuel yang dinanti-nantikan, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2, akan dilancarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Penerbit Aniplex dan SEGA, bersama pembangun CyberConnect2, telah mengumumkan berita ini, menandakan evolusi seterusnya dalam legasi francais ini.

Sekuel ini dibina atas kejayaan pendahulunya, The Hinokami Chronicles, yang telah terjual lebih daripada 4 juta salinan fizikal dan digital di seluruh dunia. Dengan gameplay yang ditingkatkan, watak baharu, dan kandungan yang diperluas, game arena fighter ini menjanjikan pengalaman menarik untuk pemain baharu dan peminat tegar siri anime.

Story Mode

Kredit: SEGA

The Hinokami Chronicles 2 membawa pemain lebih dalam ke dalam kisah menarik Kamado Tanjiro. ModStory Mode bermula dari tempat game pertama tamat, membimbing pemain melalui saat-saat penting dari Entertainment District Arc, Swordsmith Village Arc, dan Hashira Training Arc.

Pemain akan merasai cabaran dan pengalaman Tanjiro semasa dia melawan para Demon dan menjadi lebih kuat bersama rakan-rakannya.

VS Mode

Kredit: SEGA

Sekuel ini memperkenalkan senarai VS Mode yang jauh lebih luas, dengan lebih daripada 40 watak, termasuk kegemaran peminat dan watak baharu. Penambahan menonjol termasuk Tokito Muichiro (Mist Hashira), dan Kanroji Mitsuri (Love Hashira)—kedua-duanya bakal bertarung dengan Upper Rank Demon dalam Swordsmith Village Arc.

Pemain boleh memilih daripada pelbagai watak, termasuk:

  • Semua 18 watak daripada game pertama.
  • Demon yang diperkenalkan melalui update percuma selepas pelancaran.
  • Watak daripada DLC Entertainment District Arc.
  • Kesemua sembilan Hashira, iaitu pahlawan elit dari Demon Slayer Corps.
Kredit: SEGA

Kehadiran kesemua Hashira adalah sorotan utama. Setiap sembilan Hashira, dari Tomioka Giyu (Water Hashira) hingga Himejima Gyomei (Stone Hashira), telah dijadikan watak yang boleh dimainkan sepenuhnya, membawa gaya tempur unik mereka ke dalam game.

Bersiaplah untuk melangkah semula ke dalam peranan Demon Slayer Corps dan menghadapi kegelapan Muzan pada tahun depan. Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2
ShareTweetSend
Previous Post

DLC Ketiga Atomic Heart, “Enchantment Under the Sea,” Datang Pada 28 Januari 2025

Next Post

Dragon Ball: Digelar Pewaris Majin Buu, Siapakah Majin Kuu?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Dragon Ball: Digelar Pewaris Majin Buu, Siapakah Majin Kuu?

Dragon Ball: Digelar Pewaris Majin Buu, Siapakah Majin Kuu?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd