Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kenapa Zenitsu selalu tidur semasa bertarung?

Maira by Maira
January 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Demon Slayer: Kenapa Zenitsu selalu tidur semasa bertarung?
Share on FacebookShare on Twitter

Antara watak yang menjadi kegemaran ramai dalam Demon Slayer selain adik beradik Kamado dan Inosuke ialah Zenitsu. Semasa anda mula-mula berjumpa dengannya didalam anime, walaupun dia agak bising, tetapi dia seorang yang sangat kuat. Kita sering melihatnya bertarung dengan kebolehan kilatnya tetapi dia selalu tidur sewaktu menggunakannya. Jadi, mengapa Zenitsu selalu tidur semasa berlawan? Jom, kami ceritakan sebab Zenitsu begitu.

Zenitsu Demon Slayer

Thunder-Breathing yang digunakan Zenitsu antara Breathing Style yang digunakan oleh pembunuh demon. Kebolehan itu dimanfaatkan oleh Zenitsu dengan serangan Thunderclap dan Flash, yang boleh melenyapkan demon dengan sekelip mata. Serangan itu sememangnya hebat, tetapi cuma ada satu sahaja masalah. Zenitsu hanya boleh menggunakannya semasa dia tidur lena. Tidur semasa pertempuran mungkin tidak memberikan sebarang faedah kepada Demon Slayer lain, tetapi itulah yang mampu dilakukan oleh Zenitsu untuk bertarung dengan demon.

Kalau anda ingin tahu, Zenitsu sebenarnya selalu tidur bukan kerana ia memerlukan tenaga untuk menggunakan kebolehannya, tetapi dia sebenarnya penakut. Kebanyakkan demon Muzan Kibutsuji agak menyeramkan dan mempunyai kuasa “Blood Demon Art.” Sudah tentu itu membuatkan Zenitsu menjadi sangat takut pada mereka ini tetapi Tanjiro dan Inosuke pula tidak takut pada demon tersebut. Disebabkan ketakutan itulah, Zenitsu boleh tertidur semasa berlawan tetapi itu juga memberikan kelebihan padanya.

Zenitsu Demon Slayer

Semasa tidur, Zenitsu masih boleh peka pada keadaan sekelilingnya. Dalam arc “Mugen Train” dan “Entertainment District”, anda boleh meliaht dia bertarung dalam keadaan tidur. Selama ini, kita hanya mampu melihatnya memberikan satu serangan kuat sahaja. Walaupun dia sangat berbakat dalam menggunakan Thunder-Breathing Style, Zenitsu hanya berjaya menguasai first form untuk gaya tersebut iaitu Thunderclaip dan Flash. Sudah tentu dia boleh meningkatkan kuasa teknik tersebut dan menamakannya Thunder-Breathing, First Form: Thunderclap dan Flash – Sixfold.

Zenitsu kelihatan sangat tenang semasa tidur dan mampu bertindak dengan ketepatan yang hebat. Ianya sangat berbeza dengan Zenitsu yang sering menjerit sana-sini semasa dia sedar. Walaupun begitu, dia seorang yang sangat merendahkan dirinya dan sangat membenci dirinya sendiri. Perasaan itu mungkin juga sama tahap dengan ketakutannya terhadap demon. Tetapi kini Zenitsu sedang menambah baik dirinya dan ternyata berhasil. Dia tidak lagi merungut sebelum melakukan misi solo. Malah, dia juga menentang Daki, yang merupakan salah seorang daripada Twelve Kizuki. Walaupun Zenitsu masih lagi tidur untuk menggunakan kebolehan Thunder-Breathing, tetapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu rasa takut untuk tidur.

Kalau anda ingin liputan lain mengenai Demon Slayer daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerKimetsu No YaibaZenitsu Agatsuma
Previous Post

“Sudikah anda menjadi waifu saya?” – Gamer melamar melamar teman wanita dalam Genshin Impact

Next Post

Siapakah ibu Metal Lee? – Teori tentang anak & isteri Rock Lee

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Siapakah ibu Metal Lee? – Teori tentang anak & isteri Rock Lee

Siapakah ibu Metal Lee? - Teori tentang anak & isteri Rock Lee

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd