Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kenali Jenis Breathing Style Dalam Siri!

Maira by Maira
March 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Demon Slayer: Kenali Jenis Breathing Style Dalam Siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia Demon Slayer, kita melihat Hashira serta ahli Demon Slayer Corps yang lain mempamerkan “Breathing Style” masing-masing semasa misi. Kalau anda ingin tahu, ada 14 jenis breathing style yang telah diperkenalkan sepanjang siri. Jom kita lihat kesemua jenis breathing style yang diperkenalkan dalam siri!

Asal usul Breathing Style

Breathing Style sebenarnya terhasil daripada Sun Breathing, teknik breathing pertama yang telah dicipta oleh Yoriichi Tsugikuni. Dialah Demon Slayer yang paling berkuasa pada waktu itu. Daripada Sun Breathing itulah, kita dapat melihat variasi baru breathing style.

Berikut adalah Breathing Style yang diperkenalkan:

Sun Breathing

Nama lain untuk teknik ini dipanggil Hinokami Kagura. Ia merupakan breathing style paling kuat dalam Demon Slayer digunakan oleh Tanjiro. Daripada gaya ini, terhasilkan gaya lain seperti Moon, Flame, Water, Thunder, Stone dan Wind. Disebabkan sun Breathing mempunyai intensiti seperti matahari, jadi demon lebih susah untuk menjana semula tubuh mereka.

Pengguna: Yoriichi Tsugikuni, Tanjiro Kamado

Moon Breathing

Digunakan oleh Kokushibo, Upper One dalam Twelve Kizuki. Dia mendapat Moon Breathing setelah mendapat tahu bahawa dia tidak dapat memahirkan dirinya dengan Sun Breathing. Ditambah pula dengan Blood Demon Art, Moon Breathing milik Kokushibo ini lebih berbahaya daripada gaya lain.

Pengguna: Kokushibo

Flame Breathing

Terdapat sembilan teknik yang boleh digunakan dengan Flame Breathing. Ia menggunakan pergerakan seperti api dan membuatkan kebolehan penggunanya meningkat. Kunci utama dalam menggunakan gaya ini ialah dengan menggambarkan manipulasi kepada api.

Pengguna: Kyojuro Rengoku, Shinjuro Rengoku

Water Breathing

Ia merupakan breathing style paling biasa digunakan. Terdapat 11 teknik yang digunakan oleh Hashira Giyu. Gaya ini boleh menjadi kuat mengikut cara pengguna mengembangkan tekniknya.

Pengguna: Giyu Tomioka, Sakonji Urokodaki, Tanjiro Kamado

Thunder Breathing

Thunder Breathing meniru kepantasan petir. Ia mempunyai 7 form kesemuanya tetapi Zenitsu telah mengembangkannya dengan tiga variasi baru iaitu Six Fold, Eight Fold dan God Speed.

Pengguna: Zenitsu Agatsuma, Kaigaku Inadama, Jigoro Kuwajima

Stone Breathing

Stone Hashira Gyomei Himejima telah menguasai kesemua form untuk gaya ini. Disebabkan dia buta sejak lahir, ini membolehkannya untuk lebih rapat dengan bumi dan memahiri Stone Breathing. Lima teknik Stone Breathing menggunakan tanah untuk memberikan serangan yang lebih kukuh. Ia mungkin tidak begitu hebat tetapi ia antara gaya yang unik dan susah untuk dimahirkan.

Pengguna: Gyomei Himejima

Wind Breathing

Gaya ini pula mempunyai sembilan form dan serangannya hampir sama seperti puting beliung dan pusaran angin.

Pengguna: Sanemi Shinazugawa

Sound Breathing

Menggunakan analisi bunyi, Sound Breathing antara gaya yang hebat digunakan oleh Tengen Uzui. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan variasi kepada Thunder Breathing dan digunakan untuk mengelirukan musuh melalui bunyi kuat daripada penggunanya. Terdapat lima teknik yang telah diperkenalkan dalam manga.

Pengguna: Tengen Uzui

Flower Breathing

Gaya ini agak unik kerana ianya berdasarkan bunga dan buahan-buahan. Ia juga merupakan variasi daripada Water Breathing. Walaupun serangan gaya ini boleh memberikan damage yang hebat kepada musuh, ia juga mempunyai beberapa kelemahan. Disebabkan ia membolehkan penggunanya melihat dunia dengan perlahan, ia boleh merosakkan mata mereka jika digunakan dalam tempoh yang lama.

Pengguna: Kanae Kocho, Kanao Tsuyuri

Love Breathing

Mungkin anda pelik dengan nama Love Breathing tetapi kuasanya merupakan variasi daripada Flame Breathing. Penggunanya boleh mendapatkan kekuatan luar biasa tanpa perlu mengubah keadaan tubuhnya. Sebab itulah serangan yang diberikan lebih laju dan kuat.

Pengguna: Mitsuri Kanroji

Insect Breathing

Breathing style ini merupakan variasi kepada Water dan Flower Breathing, dan direka oleh Shinobu Kocho. Tekniknya meniru sengatan maut serta pergerakan serangga. Antara pergerakan serangga yang digunakan oleh Shinobu semasa mengalahkan demon ialah rama-rama, pepatung, lipan dan juga lebah.

Pengguna: Shinobu Kocho

Serpent Breathing

Sudah namanya serpent, sudah tentu ia berkait dengan ular. Gaya ini merupakan variasi daripada Water Breathing dan serangannya kelihatan seperti ular. Dengan breathing style ini, demon lebih mudah untuk dipotong. Ditambah pula dengan kelincahan dan pergerakan yang kompleks, ia sudah tentu teknik yang menggerunkan.

Pengguna: Obanai Iguro

Mist Breathing

Mist Breathing meniru cara kabus serta memberi peluang untuk serangan pantas selepas kabus dihasilkan. Terdapat enam form untuk gaya ini, ditambah pula dengan form ketujuh yang dihasilkan oleh Muichiro. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan variasi daripada Wind Breathing.

Pengguna: Muichiro Tokito

Beast Breathing

Dihasilkan oleh Inosuke, ia merupakan variasi kepada Wind Breathing. Gaya ini telah dicipta olehnya untuk mempertahankan dirinya semasa berada di gunung. Terdapat 10 form yang diperkenalkan dalam manga, menunjukkan serangan liar daripada Inosuke semasa bertarung dengan demon.

Pengguna: Inosuke Hashibira


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Kalau anda masih belum menonton siri ini, boleh pergi ke platform berikut untuk menontonnya!

  • Netflix
  • iQIYI
  • Viu

Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer, sila tekan pautan ini.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Breathing StyleDemon Slayer
Previous Post

Bagaimana Shazam dapatkan kuasanya? Jom ketahui asal usul Marvel Family!

Next Post

Review Creed III – Layak sebagai salah satu filem tinju terbaik!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Creed III – Layak sebagai salah satu filem tinju terbaik!

Review Creed III - Layak sebagai salah satu filem tinju terbaik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd