Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Infinity Castle Tampilkan Pertarungan-Pertarungan Epik Yang Menanti Peminat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 30, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Demon Slayer: Infinity Castle Tampilkan Pertarungan-Pertarungan Epik Yang Menanti Peminat
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas penutup musim keempat Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, para peminat kini teruja dengan pelancaran trailer rasmi pertama untuk filem pertama dalam trilogi Infinity Castle, berjudul Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle – Akaza Sairai (The Return of Akaza).

Trailer tersebut menampilkan tiga pertarungan utama yang akan menjadi tumpuan dalam filem ini, memaparkan perjuangan habis-habisan antara Demon Slayer Corps dan demon Upper Moon yang setia kepada Muzan.

Pertarungan pertama menyaksikan pertembungan sengit antara Akaza, Upper Moon Rank 3, dengan Tanjiro Kamado serta Giyu Tomioka, Water Hashira. Akaza (penjahat yang membunuh Flame Hashira, Kyojuro Rengoku, dalam arc Mugen Train) kekal sebagai figura menakutkan dalam hidup Tanjiro.

Dengan semangat dendam membara, Tanjiro bersama Giyu perlu berganding bahu menentang Akaza.

Babak seterusnya memberi tumpuan kepada Zenitsu Agatsuma, sahabat Tanjiro yang terkenal dengan kelajuan kilatnya. Zenitsu bakal menentang Kaigaku, Upper Rank Six yang baru.

Dikenali dengan sikap lucu dan penakutnya, Zenitsu dilihat lebih serius dalam pertarungan ini, untuk berusaha membuktikan kekuatan sebenar yang tersembunyi di sebalik perwatakan penakutnya. Dengan Kaigaku sebagai lawan hebat, inilah peluang Zenitsu untuk membuktikan bahawa dirinya telah berkembang sebagai pahlawan sejati.

Pertarungan ketiga menampilkan Shinobu Kocho, Insect Hashira, berdepan dengan demon misteri Upper Rank Two, Doma. Dikenali dengan senyuman menakutkan dan personaliti karismatik, Doma ialah ancaman besar yang kekuatannya sukar dijangka.

Shinobu, yang terkenal kerana racun dan tekniknya yang tepat dan membunuh, berada dalam pertarungan yang sangat berisiko di mana satu kesilapan kecil boleh mengundang maut.

Menambahkan lagi keterujaan, trailer turut mendedahkan bahawa dua penyanyi terkenal anime, Aimer dan LiSA, akan menyumbangkan lagu tema untuk filem pertama Infinity Castle.

Aimer membawakan lagu berjudul “Taiyō ga Noboranai Sekai” (A World Where the Sun Never Rises), manakala LiSA tampil dengan lagu bertajuk “Zankoku no Yoru ni Kagayake” (Shine in the Cruel Night).

Arc Infinity Castle, yang merupakan bahagian terakhir dalam manga karya Koyoharu Gotouge, akan dibawa ke layar lebar menerusi tiga filem. Filem pertama dijadualkan tayang di Jepun pada 12 Julai 2025, manakala peminat di Malaysia boleh menyaksikannya di pawagam mulai 14 Ogos 2025.

Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon Slayer: Infinity Castle
ShareTweetSend
Previous Post

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

Next Post

Pameran Pertama ‘Love and Deepspace’ Akan Berlangsung di Resorts World Sentosa Mulai 18 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Kolaborasi Honor of Kings & BLEACH Bermula – 4 Skin Eksklusif Untuk Dapat!
Berita

Kolaborasi Honor of Kings & BLEACH Bermula – 4 Skin Eksklusif Untuk Dapat!

June 30, 2025
Next Post
Pameran Pertama ‘Love and Deepspace’ Akan Berlangsung di Resorts World Sentosa Mulai 18 Julai!

Pameran Pertama 'Love and Deepspace' Akan Berlangsung di Resorts World Sentosa Mulai 18 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd