Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Qadištu & Bentuk Tsukuyomi Dijelaskan Dalam Interviu Shin Megami Tensei V: Vengeance [EKSKLUSIF]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demon Qadištu & Bentuk Tsukuyomi Dijelaskan Dalam Interviu Shin Megami Tensei V: Vengeance [EKSKLUSIF]
Share on FacebookShare on Twitter

Shin Megami Tensei V: Vengeance benar-benar adalah versi definitif untuk menikmati game original yang asalnya hanya dikeluarkan di Nintendo Switch sahaja. Kini dipertingkatkan dengan banyak ciri kualiti quality-of-life bersama naratif baharu yang menyembunyikan banyak kandungan besar, semua orang di seluruh dunia sedang menikmati versi baharu Shin Megami Tensei V!

Memandangkan peminat di seluruh dunia sedang bergembira dan menikmati game ini, kami kebetulan turut mendapat peluang untuk menemu ramah pasukan pembangunan ATLUS tentang Shin Megami Tensei V: Vengeance.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita selami segala isi kandungan!

Walaupun pemain boleh mencuba mana-mana laluan naratif tanpa perlu menumpukan pada satu pilihan definitif, nampaknya laluan Canon of Vengeance lebih menarik. Bolehkah anda berkongsi pendapat tentang hal ini dan sama ada kisah baharu lebih lama untuk bermain?

Kredit: SEGA

Atlus: Kedua-dua Canon of Creation dan Canon of Vengeance mencatatkan masa bermain 80 jam, yang dijumlahkan sehingga 160 jam bermain. Canon of Vengeance mempunyai beberapa penamat, sama seperti jalan cerita asal. Kami harap anda menikmati segala yang ditawarkan olehnya.

Selain kandungan baharu, ada banyak perubahan dan tambahan QoL / ciri baharu. Antara semua yang dilaksanakan, yang manakah sangat penting untuk game ini dan juga paling banyak diminta oleh peminat?

Kredit: SEGA

Atlus: Untuk membuatkan Vengeance sebagai cara terbaik bagi mengalami Shin Megami Tensei V, kami membuat penambahbaikan meluas dalam game, menambah jalan cerita “The Canon of Vengeance” yang sama sekali baharu, serta banyak pelarasan pada mekanik.

Anda boleh menikmati Canon of Vengeance atau kisah asal Shin Megami Tensei V dengan semua perubahan gameplay ini.

Qadištu memegang peranan yang penting dalam Canon of Vengeance di mana setiap ahli mempunyai ciri-ciri unik sendiri. Naahmah pun kini menjadi kegemaran peminat. Bagaimana dengan proses reka bentuk pertarungan bos masing-masing dan dari segi mengimbangi kesukaran antara setiap satu?

Kredit: SEGA

Atlus: Kami mencipta reka bentuk Qadištu dengan estetik tersendiri yang menyerlahkan kontras antara kecantikan dan keganasan, di mana masing-masing mempunyai beberapa ciri aneh pada badan mereka.

Kami bermula dengan konsep umum untuk setiap satu, kemudian mencantikannya sambil memikirkan tentang peranan dan hubungan mereka dalam cerita.

Yoko juga merupakan seorang lagi watak penting dalam cerita, tetapi dalam temu ramah lalu, dia pernah dipertimbangkan untuk muncul dalam game original. Bolehkah anda berkongsi mengapa pasukan akhirnya membuat keputusan ini?

Kredit: SEGA

Atlus: Watak baharu, Yoko, telah wujud sejak peringkat pembangunan SMT5. Dia diilhamkan sebagai ejen Chaos yang berbeza dengan Tao. Dalam judul ini, kami telah memasukkan latar belakang asalnya ke dalam cerita sebanyak mungkin.

Kami harap anda menikmati bagaimana kehadirannya membimbing gameplay anda ke dalam naratif yang berbeza daripada SMT5.

Bentuk baharu Nahobino memang cukup bergaya, dan ia mengingatkan pemain kepada Digital Devil Saga. Bolehkah anda menjelaskan tentang konsep reka bentuk, termasuk gaya pertempuran?

Kredit: SEGA

Atlus: Memandangkan ia melibatkan bahagian penting dalam jalan cerita, nampaknya apa-apa yang saya kata akan menjadi spoiler (ketawa).

Walau bagaimanapun, saya mencipta reka bentuk untuk mempunyai suasana yang berbeza daripada Nahobino original, jadi saya harap anda akan melihat jalan cerita untuk melihat bagaimana penampilan ini muncul!

Ada banyak demon baharu yang ditambahkan ke dalam game, tetapi mana satu adalah kegemaran anda?

Kredit: SEGA

Atlus: Kegemaran saya ialah Amabie. Saya mendapati keanehannya sangat menawan, dan tidak sabar untuk semua orang menemuinya. Namun, ia mungkin memerlukan sedikit kreativiti untuk merekrutnya.

Pelancaran game pada lebih banyak platform pasti adalah kegembiraan besar bagi ramai pemain, terutamanya kerana ia kini boleh dimainkan dengan kualiti dan grafik yang lebih baik. Bagaimanakah prosesnya semasa membangunkan port ini dan adakah ada sebarang cabaran melibatkan pengoptimuman?

Kredit: SEGA

Atlus: Matlamat kami dengan Shin Megami Tensei V: Vengeance adalah untuk mengembangkan alam semesta Shin Megami Tensei dengan lebih jauh lagi. Memandangkan game original diterima dengan baik dan dijual laku di Switch, kami merasakan bahawa keluaran berbilang platform akan meluaskan jangkauannya.

Walau bagaimanapun, kami ingin melakukan lebih daripada sekadar port daripada versi Switch. Matlamat kami adalah untuk mengubahnya menjadi cara definitif untuk mengalami Shin Megami Tensei V, jadi kami menambah kandungan baharu dan merombak gameplay berdasarkan maklum balas pemain, untuk menghasilkan produk akhir.


Kredit: SEGA

Maka, tamatlah interviu kami bersama pasukan pembangunan Shin Megami Tensei V: Vengeance daripada Atlus. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan kami!

Bagi mereka yang berminat, Shin Megami Tensei V: Vengeance kini tersedia untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Untuk beli, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviuShin Megami Tensei V: Vengeance
ShareTweetSend
Previous Post

[UPDATE] UNIQLO Malaysia Akan Menambah Koleksi UT Oshi No Ko, Akan Datang 5 Julai!

Next Post

Xbox Game Pass Julai 2024 – Journey to the Savage Planet, Nickelodeon All-Star Brawl 2, Neon White & Banyak Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Epic Games Store Tawar Tiga Game Percuma: Deliver At All Costs, Gigapocalypse & Sifu
Game Percuma

Epic Games Store Tawar Tiga Game Percuma: Deliver At All Costs, Gigapocalypse & Sifu

May 23, 2025
A24 & Bandai Namco Umum Filem Live-Action Elden Ring
Filem

A24 & Bandai Namco Umum Filem Live-Action Elden Ring

May 23, 2025
Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 – Anda Boleh Main Sebagai Akuma!
DLC

Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 – Anda Boleh Main Sebagai Akuma!

May 22, 2025
Next Post
Xbox Game Pass Julai 2024 – Journey to the Savage Planet, Nickelodeon All-Star Brawl 2, Neon White & Banyak Lagi

Xbox Game Pass Julai 2024 – Journey to the Savage Planet, Nickelodeon All-Star Brawl 2, Neon White & Banyak Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd