Demo percuma Star Ocean: The Divine Force oleh Square Enix dan tri-Ace kini tersedia untuk PS4, PS5 dan kedua-dua Xbox One dan Series X|S! Pertama kali diumumkan semasa acara Tokyo Game Show, korang boleh cuba game ini sekarang.
Star Ocean: The Divine Force mengisahkan dua protagonis: Raymond Lawrence dan Princess Laeticia. Kapal angkasa Raymond diserang semasa dia dalam misi pengangkutan, yang menyebabkan dia terhempas di atas planet asing.
Di sana, dia bertemu dengan Laeticia, yang berjuang untuk mempertahankan tanah airnya daripada penceroboh.
Mereka berdua akhirnya memulakan pengembaraan bersama yang mampu mengubah takdir seluruh alam semesta.

Pemain yang memuat turun demo untuk game itu akan bermain pada permulaan kisah Raymond di mana mereka dapat meneroka lokasi permainan sambil menguji ciri-ciri menarik, serta berkenalan dengan sistem pertempurannya yang unik dan pantas.
Walau bagaimanapun, bahagian demo sebenarnya sedikit berbeza dengan versi rasmi yang bakal dilancarkan. Dalam demo, beberapa sekatan telah diletakkan pada fitur-fitur tertentu. Malangnya, fitur-fitur yang disekat itu tidak dinyatakan.

Menampilkan kandungan sebanyak 2 jam tentang Raymond, demo akan tamat apabila pemain tiba di Delryk Village. Kemajuan yang kita buat di dalam game tidak akan diteruskan ke versi rasmi.
Ciri-ciri Star Ocean: The Divine Force:
- Kisah yang berubah berdasarkan pilihan yang dibuat, di mana wira bersilang antara dua dunia sci-fi dan fantasi.
- Barisan watak yang boleh dimainkan.
- Bebas meneroka persekitaran dalam game.
- Penerokaan tiga dimensi di mana segala-galanya adalah medan untuk pengembaraan.
- Game Star Ocean dengan aksi terpantas dan terhebat dalam siri ini
Star Ocean: The Divine Force akan dilancarkan untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada 27 Oktober 2022 manakala versi Demo kini tersedia pada konsol PlayStation dan Xbox.
@gamersantaimy
Discussion about this post