Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Review: Beraksi dengan Tommy Angelo menjadi MAFIA dalam Mafia: Definitive Edition!

Jadi Tommy Angelo memang best lah!

Nyny.A by Nyny.A
August 26, 2020
in ARPG, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Demo Review: Beraksi dengan Tommy Angelo menjadi MAFIA dalam Mafia: Definitive Edition!
Share on FacebookShare on Twitter

Memberi sebuah remake atau Versi Definitif adalah sebuah hasil kerja yang hebat dari Hangar 13. Dari awal hinggalah akhir, permainan ini telah menjadi salah satu permainan bagi kami yang anda tidak patut lepaskan. Sebelum ini dengan kehadiran Mafia II: Definitive Edition yang telah kami kongsikan reviewnya, sekali lagi kami diberi peluang untuk review sendiri demo permainan MAFIA: DEFINITIVE EDITION yang merupakan sebuah permainan video action-adventure akan datang dibangunkan oleh Hangar 13 dan diterbitkan oleh 2K Games. Sebagai remake kepada Mafia yang asal pada tahun 2002, ianya secara rasmi diumumkan pada Mei 2020 dan dijadualkan untuk keluar pada 25 September 2020 di platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Ulasan awal demo Mafia: Definitive Edition yang kami cuba ini merangkumi lima bab pertama kempen cerita utama, yang membolehkan anda mengalami perjalanan Tommy Angelo sejak awal sehingga menjadi Mafia dalam era 30-an. Pada akhir misi kelima, secara automatik kami melangkau ke bab kesepuluh, lantas memberikan kami gambaran yang lebih lengkap mengenai apa yang dapat diharapkan pemain sepanjang keseluruhan kempen.

Kami mencuba demo ini dalam versi PC dimana kami menggunakan ROG Strix SCAR 15 dengan pemproses Intel Core i9 Generasi ke-10 terbaru dan grafik GeForce RTX yang kuat menepati panel permainan 240Hz / 3ms canggih yang membawa anda ke barisan hadapan kelajuan pro esports seterusnya.

Harap maklum bahawa versi yang kami cuba ini tidak termasuk setiap mod dan fitur yang akan tersedia di permainan akhir yang keluar September ini. Sebagai contoh, versi ini tidak termasuk mod Free Ride, yang seperti namanya, membolehkan pemain bebas menjelajahi kota Lost Heaven mengikut rentak mereka sendiri.

Jalan cerita  Mafia: Definitive Edition

Plot penceritaan dari kisah kejahatan Mafia – 1930-an, Lost Heaven, IL

Pada tahun 1930, setelah menjadi dikenali kerana menolong dua anggota keluarga Salieri – Paulie dan Sam – ketika melepaskan diri dari serangan penyerang oleh keluarga Morello, pemandu teksi Thomas “Tommy” Angelo diserang oleh anggota keluarga Morello dalam tindakan membalas dendam. Semasa dia diselamatkan oleh keluarga Salieri dan meminta bantuan perjanjian Don Ennio Salieri kepadanya, Tommy kehilangan pekerjaannya setelah majikannya mengetahui tentang penglibatannya dengan Mafia. Dengan kekurangan peluang pekerjaan Depresi Besar yang sedang berlangsung, Tommy terpaksa menerima tawaran Salieri untuk bergabung dengan organisasinya dan dengan segera menemani Paulie dan Sam ketika mereka menyelesaikan pelbagai pekerjaan bersama.

Dah sedia untuk beraksi menjadi Tommy Angelo? Ini gameplay kami~

Dicipta sebagai pembuatan semula yang asli, Mafia: Definitive Edition dibina dari bawah dengan aset baru dan cerita yang diperluas, tetapi misi dan arc dari permainan asalnya masih kekal dibawa. Seperti permainan tahun 2002, pemain mengawal Tommy Angelo sepanjang kempen pemain tunggal permainan, dan dunianya dilayari dengan berjalan kaki atau dengan kenderaan. Baru dalam pembuatan semula adalah memperkenalkan motor, yang pertama dalam siri ini. Mekanik permainan Mafia: Definitive Edition berdasarkan kepada Mafia III. Pengaturan ‘Kesukaran Klasik’ juga akan disertakan, berfungsi sebagai pengaturan kesukaran paling sukar dalam permainan dan akan mengubah beberapa mekanik permainan seperti pengurusan peluru dan tindak balas polis terhadap kejahatan agar lebih nyata dari permainan yang asli pada tahun 2002.

Jadi, pada setiap awal bab, sudah semestinya terdapat penceritaan sinematik Tommy yang akan berjumpa dengan sesuatu watak untuk mengetahui misi seterusnya. Contohnya Tommy akan berjumpa dengan Norman atau Frank dan kemudian Frank akan memberitahu apa yang harus dilakukannya dalam misinya antara secara sendirian atau bersama Paulie dan Sam. Kesemua misi-misi adalah berbeza, tetapi tidak tahu kenapa, rasanya hampir kesemua misi melibatkan kenderaan yang perlu dibawa kemana-mana. Antara misi-misi yang ada seperti membawa pelanggan sebagai pemandu teksi, mencuri kereta, melakukan misi dalam waktu terhad yang diberikan, kutip duit di kedai-kedai, perlumbaan trek dan banyak lagi. Dalam demo yang kami cuba ini, kebanyakan watak yang ada adalah Paulie, Sam dan juga Ralphie yang juga merupakan mekanik dalam permainan ini. Jadi, jika kereta anda rosak, atau kereta curi, Ralphie yang akan baikinya.

Keseluruhan permainan hampir sama seperti dahulu, plotnya sememangnya mengfokuskan dunia Mafia dulu-dulu, cuma penceritaan dilanjutkan dari yang lalu. Kami masih tidak pasti jika dalam permainan penuh akan ada misi sampingan. Gameplay sememangnya ada rasa ibarat GTA, anda boleh bawa kenderaan macam orang gila, anda boleh melanggar apa jua halangan di hadapan anda ~ tapi hati-hati, ada objek yang terlalu keras seperti terlanggar tiang lampu, tembok batu atau kenderaan lain, kenderaan anda sememangnya akan kemek dan memberi kesan pada kerosakan kereta. Jika sampai sesuatu tahap, kereta anda akan rosak atau overheat maka anda tidak boleh gunakannya.~

Anda juga boleh melanggar AI di tepi jalan, tetapi jika anda terlanggar watak AI ataupun keadaan sekeliling yang anda buat chaos tu polis ternampak, maka ada notifikasi bahawa anda sedang diperhatikan. Jika hanya tanda “bintang” notifikasi hanya satu, itu bermaksud anda selamat lagi untuk meneruskan perjalanan cuma dalam keadaan berhati-hati, jika cecah dua tanda “bintang” cabut lari selagi boleh lah dari polis yang mengejar anda! Jika anda dapat mengelak anggaran dalam 500meter ke 1km tu, polis akan memberitahu bahawa suspek hilang dan berhenti mencari. Tetapi, jika anda tertangkap, polis akan bertindak agresif kerana anda masih boleh menumbuk atau menembak polis untuk melepaskan diri. Andai kata anda berkahir dengan kematian, maka anda bolehla mulakan semula pada dari “checkpoint” terakhir anda.

Kenderaan~ Mak aih dah lambat betul oo! 

Okay yang ini memang kami kenalah terima kenyataan bahawa kita berada di zaman 30-an, masa tu tiada lah kereta selaju Ferrari atau Lamborgini, jadi kami kenalah membawa kenderaan dalam 20-40km/j. Maka “sabar itu indah”~

Perjalanan dengan kenderaan agak seronok sebenarnya, sambil membawa kereta anda boleh mendengar radio jika tiada sebarang penceritaan drama dengan penumpang didalam kereta anda. Tapi, ada satu bahagian yang lawak seperti pelanggan teksi Tommy ini yang agak memilih sehingga menyuruh Tommy menutup radio. Jadi kalau anda dalam kereta tu nak buka atau tutup radio bolehlah menekan nombor 4. Perjalanan di jalan raya ada diantara misi yang memerlukan anda mengikut peraturan dijalan raya. Jadi, selalunya kenderaan lain berhenti sebab – orang melintas, bas berhentikan penumpang, atau ada kereta lain yang “langsi” main keluar simpang atau dari sisi parking macam tu je~

Jadi, senang cerita kalau atas jalan ni, pemain yang ikut peraturan jalan raya dengan tidak langgar apa-apa, maka anda terselamatlah dari diperhatikan polis atau diadu oleh manusia AI yang menyusahkan kita tu. Maka selamatlah masa anda sedikit dari membazir masa dengan dikejar polis. Tapi lagi satu, jika anda dikejar oleh kenderaan lain termasuk polis atau penjahat, di peta akan terdapat garisan yang anda boleh ikut untuk membawa mereka ke kawasan sempit dan mereka boleh terbabas.

Selain dari kenderaan yang sangat-sangat antik, dan juga sangat-sangat perlahan, jangan risau, zaman antik dulu tetap ada kenderaan yang laju. Lagipun dalam remake ini, Hangar 13 turut menambah motorsikal untuk anda gunakan! Kenderaan yang kita ada boleh dilihat didalam garaj sebagai koleksi yang anda boleh pandu/tunggang, setiap kenderaan mempunyai Accelarate, Grip dan Braking. Seperti ada kenderaan yang laju tapi kawalan Acceleratenya sememangnya kelaut, jadi agak payah nak elak benda apabila tengah laju. Ada juga kenderaan yang breknya sangat longgar dan perlu anda tekan awal ibarat brek mengejut dan bunyi “screetch” sebelum berhenti. Dibawah adalah beberapa kenderaan yang ada didalam demo yang kami cuba ini;

 

1 of 7
- +

Serangan? Adakah Melee atau senjata lagi best?

Kami mempunyai pilihan tersendiri sama ada menggunakan tangan untuk serangan tumbuk termasuk serangan kuat, gunakan senjata api atau melee, atau gunakan terus bom tangan atau molotov. Dalam demo yang kami cuba ini terdapat beberapa jenis senjata api yang tersedia seperti revolver, pocket revolver, shotgun, thompson dan banyak lagi. Selain senjata api, kami juga boleh menggunakan senjata melee seperti kayu atau kayu baseball.

Dalam memilih senjata kita boleh menggunakan cursor di bahagian tengah tetikus kita untuk mengaktifkan tab petukaran barang yang kita ingin gunakan, atau boleh terus tekan kekunci G untuk membaling molotov/bom kepada musuh. Untuk penggerakan agak biasa menggunakan kekunci WASD untuk kehadapan, kiri, kanan, belakang, tetikus untuk kawalan rotasi kamera shift untuk berlari.

Gunplay juga menerima perubahan yang besar berbanding yang asli, kerana menerapkan mekanik Mafia 3 yang lebih cover-based. Dikhabarkan sebagai lebih bahaya, mekanik didorong oleh watak-watak yang berbeza. Hangar 13 menambahkan banyak fitur-fitur baru kepada Mafia 3 seperti ‘gunplay‘ dan peningkatan AI lalu masukkannya ke Mafia: Definitive Edition.

Anda boleh menekan kekunci Q untuk menggunakan senjata melee atau tumbuk, juga tekan lama Q untuk memberi serangan kuat kepada musuh. Untuk menembak musuh anda hanya perlu kawal guna tetikus dan dihadapan anda akan kehilatan bulatan untuk fokus penembakan, jika fokus menumpu pada musuh terdapat dot merah bahawa aanda berada disasaran, minta maaf, tiada sebarang auto aim untuk permainan ini. Tetapi kami agak suka menggunakan senjata dalam permainan ini, terutama dalam menggunakan thompson, kerana ianya SMG yang laju. Untuk shotgun, kuat dan boleh pecahkan kotak tetapi agak susah kawal untuk menepati sasaran. Selain itu, jika anda menembak tong minyak ditepi musuh, ianya akan meletup.

Kalau anda nak tahu, antara yang baru didalam Mafia ini adalah terdapat Sneak mode, sneak mode ini membenarkan anda menyerang musuh dalam keadaan senyap/menyelinap, hanya tekan kekunci X, gunakan kekunci Left Ctrl untuk perlindungan (contoh ditepi dinding atau kotak) dan Left Alt untuk perlindungan orbit (dimana anda boleh ubah posisi perlindungan anda). Apabila berdekatan dengan musuh, tekan kekunci Y untuk membunuh atau membuat musuh pengsan alam serangan menyelinap. 

Selain itu, anda juga boleh menembak ketika memandu! Ya, peluru adalah unlimited! Cuma anda kenalah reload peluru tu je. Satu lagi perubahan ketara didalam Mafia: Definitive Edition ini adalah musuh makin padu! Musuh kini dapat mengepung pemain, melindungi diri dengan lebih pandai dan menggunakan senjata seperti molotov dengan lebih bijak untuk dedahkan lokasi pemain. Mereka lebih bahaya daripada musuh di Mafia 3, kerana Tommy bukanlah seorang askar terlatih.

Hangar 13 ingin menangkap perasaan sinematik untuk pertempuran, dan tidak ingin menambah sesuatu yang gila seperti ‘serangan hendap daripada atas’ pada musuh. Walaupun memilih mod yang mudah, musuh akan kerap berada berdekatan anda. Tetapi jangan risau, ada waktu musuh akan kehabisan peluru dan berhenti seketika untuk reload, jadi itulah peluang anda untuk menemak mereka semula. Musuh juga akan menjenguk dimana kita berada untuk meneruskan serangan, atau mereka juga akan menyelinap atau mencari anda sampai jumpa! Hati-hati, jika diwaktu anda yang tengah menyelinap, tetapi “kantoi”, musuh akan menjerit dan beritahu rakan mereka dimana anda berada.

Dan selebihnya~ Dan apa pendapat kami~

Untuk pengetahuan anda, anda boleh berbual dengan AI ketika berada dalam misi, ada sesetengah misi memerlukan anda mencari AI untuk berborak dan dapatkan informasi. Ada juga watak yang menggunakan bahasa yang kasar dan lawak seperti ketika berlumba kereta, mereka akan perli ayat seperti “such an amature“, ini semua memang menarik untuk menjadikan penceritaan Mafia: Definitive Edition lebih seronok untuk dilayan~

Lagi satu, jangan kata kereta je ada bar kesihatan kalau terlanggar jadi kemek, anda juga ada bar kesihatan yang perlu dijaga terutama ketika tengah sesi menembak dan dalam serangan. Anda kena perhatikan, bukan bermaksud nyawa anda tidak akan naik, tetapi terlalu lambat. Jadi di kawasan serangan, anda boleh lihat terdapat tanda H di peta dimana anda boleh jumpa peti pertolongan cemas untuk anda dapatkan medik bagi menambah semula kesihatan anda.

Untuk perubahan grafik, sememangnya Hangar 13 telah memberi sebuah pembaharuan yang baik kepada Mafia: Definitive Edition. Walaupun tidak serealistik game AAA zaman sekarang, semua watak, persekitaran dan kenderaan diberi nafas baru yang masih kelihatan realistik. Kami sangat suka melihat persekitaran yang berubah 100% dengan kecantikannya, serta cerita sinematiknya, memang menarik. Tetapi jika pada anda yang malas nak tengok cerita tu, boleh lah skip, jangan risau ye~

Untuk suara, audio semuanya harus dipuji, dialek zaman 30-an masih diperap dalam permainan ini walaupun diperbaharui. Setakat ini permainan ini mengekalkan kesegaran MAFIA. Kami sangat suka pembuatan semula permainan ini. Jadi pada anda yang ingin pre-order Mafia: Definitive Edition, jangan segan-segan untuk ke Steam dengan harga RM129.00 dan PlayStation 4 berharga RM179.00. Tidak terlupa anda juga boleh membeli Mafia Trilogy dengan ketiga-tiga siri Mafia ada didalamnya termasuk Mafia: Definitive Edition, Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition. Mafia III: Definitive Edition dijadualkan hadir 25 September 2020 ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2k gamesHangar 13Mafia: Definitive EditionMAFIA: DEFINITIVE EDITION demoMAFIA: DEFINITIVE EDITION demo reviewTommy Angelo
Previous Post

ASUS rasmi melancarkan barisan produk profesional ProArt hari ini! Untuk rakyat marhaen yang perlukan stabiliti semasa kerja!

Next Post

Guardian Tales – sebuah RPG Pengembaraan memberi PERCUMA x10 Panggilan setiap hari!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Guardian Tales – sebuah RPG Pengembaraan memberi PERCUMA x10 Panggilan setiap hari!

Guardian Tales - sebuah RPG Pengembaraan memberi PERCUMA x10 Panggilan setiap hari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd