Demo percuma Monster Hunter Rise Sunbreak akan dilancarkan pada 14 Jun dan memberi korang peluang untuk menerokai salah satu wilayah dalam expansion bagi menghadapi beberapa raksasa baru. Capcom mengumumkan demo ini semasa Capcom Showcase 2022, di mana mereka memperkenalkan kawasan Jungle, tempat di mana demo itu berlangsung.
Lokasi Jungle dalam Monster Hunter Rise Sunbreak membuat kemunculan sulung daripada generasi kedua francais, dan direka semula dengan kehidupan endemik baru serta beberapa perubahan lain, termasuk persekitaran yang yang berubah bergantung pada masa (siang dan malam).

Capcom juga memberi sneak peek untuk raksasa yang pemain bakal berhadapan. Espinas – the thorn wyvern akan kembali dari Monster Hunter Frontier dan ditemani oleh Gore Magala dari Monster Hunter 4 bersama-sama dengan Daimyo Hermitaur dan Pyre Rakna Kadaki.
Demo Monster Hunter Rise Sunbreak akan merangkumi beberapa quest, training mission dan advanced mission lebih sukar yang memperkenalkan raksasa utama dalam expansion.
- Beginner: Great Izuchi
- Intermediate: Tetranadon
- Expert: Astalos
- Advanced: Malzeno

Korang juga boleh mencuba beberapa training mission yang terdiri daripada Wyvern Riding, Switch Skills dan belajar asas pertempuran. Semua kandungan dalam demo boleh dimainkan secara solo atau secara multiplayer.

Sunbreak bukanlah satu-satunya content baru. Capcom akan terus menyokong game ini dengan mengeluarkan kemas kini tajuk percuma/free title update. Yang pertama dijadualkan untuk keluar pada Ogos 2022 dan akan menambah Lucent Nargacuga dan lokasi Forlorn Arena. Title update seterusnya akan dilancarkan pada musim luruh 2022, diikuti dengan title update ke-3 pada musim sejuk 2022. Masing-masing akan menambah raksasa dan subspesies baharu.

Akhir sekali, Capcom menjelaskan keperluan untuk memulakan expansion Sunbreak. Korang memerlukan ruang storan sebanyak 13 GB untuk memuat turun Sunbreak dan mesti menyelesaikan quest 7-star Serpent Goddess of Thunder.
Sekali lagi saya ingatkan, Capcom akan mengeluarkan Monster Hunter Rise Sunbreak pada 30 Jun 2022. Untuk segala liputan lama kami tentang Sunbreak, sila tekan pautan di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post