Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Game THEATRHYTHM FINAL BAR LINE Kini Tersedia di PS Store! Cuba Sekarang!

Maira by Maira
February 1, 2023
in Artikel, Berita, Demo, Game
0 0
0
Demo Game THEATRHYTHM FINAL BAR LINE Kini Tersedia di PS Store! Cuba Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah melepaskan demo untuk game rhythm-action terbaru mereka iaitu THEATRHYTHM FINAL BAR LINE di PlayStation Store dan Nintendo eShop. Pemain yang bermain demo ini boleh mencuba 30 lagu yang digemari ramai malah save data boleh dibawa ke versi penuh game. Game ini akan lancar secara rasmi pada 16 Februari 2023.

Dalam DEMO percuma ini, pemain boleh mencuba 30 lagu kegemaran mereka. “Series Quests” ialah mod serba baharu untuk mengumpul lagu dan watak dengan melengkapkan peringkat sambil mengembara melalui siri FF. Bukan itu sahaja, “Pair Style” juga boleh dinikmati dengan dua orang pemain bermain sambil berkongsi satu skrin. Ciri lain juga tersedia dalam DEMO dan pemain boleh membawa save data itu dalam game penuh apabila game dilancarkan.

Selain itu, demo THEATRHYTHM FINAL BAR LINE akan memberikan pemain peluang untuk bermain 30 trek terpilih daripada 385 lagu FINAL FANTASY. Malah, set penuh mode game akan tersedia termasuklah Series Quests, di mana pemain boleh kembali semula dalam 29 tajuk game lalu melalui muzik mereka dan mendapatkan lagu serta watak baharu, mode Multi Battle, muzium yang padat dan banyak lagi! Semua progress ini boleh dibawa ke game utama nanti.

Series Quests

THEATRHYTHM FINAL BAR LINE

Pilih daripada tajuk kegemaran anda dan buka lagu mereka semasa anda bermain. Apabila anda membukanya, anda juga akan membuka watak yang berkaitan. Alami semula tajuk kegemaran anda yang lalu sambil buka lagunya.

Music Stages

THEATRHYTHM FINAL BAR LINE

Dalam mode ini, anda boleh memainkan mana-mana trek yang telah anda buka. Ia bertujuan untuk mengalahkan markah tinggi anda atau bermain mengikut cara yang anda suka!

Pair Style / Simple Style

Pair Style ialah gaya yang membenarkan dua pemain bermain bersama pada satu skrin. Simple Style ialah gaya yang menggunakan kawalan mudah, membenarkan anda bermain dengan hanya satu butang.

Museum

THEATRHYTHM FINAL BAR LINE

Baca dan nikmati muzik, video dan pelbagai koleksi yang anda perolehi. Anda juga boleh menyemak rekod game terperinci.

Live Info

THEATRHYTHM FINAL BAR LINE

Maklumat langsung menunjukkan skor tinggi untuk lagu semasa, maklumat parti dan input pengawal masa nyata. Ciri baharu yang sesuai untuk penstriman!

Character Party Formation

THEATRHYTHM FINAL BAR LINE

Bentuk parti dengan watak kegemaran anda dalam siri ini!

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai game, anda bolehlah tonton livestream THEATRHYTHM FINAL BARLINE melalui TAIPEI GAME SHOW ONLINE.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoTheatrhythm Final Bar Line
Previous Post

Filem DC Elseworlds The Batman Part II akan tiba pada 3 Oktober 2025!

Next Post

Review Forspoken – Kisah ‘isekai western’ bertemu pertempuran magic!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Forspoken – Kisah ‘isekai western’ bertemu pertempuran magic!

Review Forspoken - Kisah 'isekai western' bertemu pertempuran magic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd