Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa demo percuma untuk judul ARPG ‘Final Fantasy XVI‘ kini tersedia untuk muat turun melalui PlayStation Store di seluruh dunia, termasuk Malaysia!
Dalam demo ini, pemain akan mengalami dunia luas dan pertempuran aksi pantas FFXVI melaui dua segmen panjang. Segmen pertama ialah prolog kepada pembukaan permainan, kira-kira gameplay selama dua dua jam setengah jam yang menjelaskan tentang masa lalu Clive Rosfield dan peristiwa-peristiwa tragis yang membentukkan dirinya sekarang.
Save data daripada segmen ini boleh dibawa ke main game apabila ia dilancarkan secara rasmi pada minggu depan.

Melengkapkan prolog kemudian akan membuka demo khas kepada sistem aksi pertempuran, kira-kira dua jam. Segmen ini menampilkan misi “menyusup ke dalam kubu” pada waktu malam, di mana Clive disokong oleh serigala setianya Torgal dan Cidolfus Telamon. Anda akan menghadapi pelbagai musuh dan bos epik.
Walaupun tidak dapat menyimpan save dalam segmen ini, ia membolehkan pemain menguji sistem pertempuran sepenuhnya melalui pelbagai abiliti dan aksesori. Segmen ini boleh dimainkan semula seberapa banyak kali yang anda mahu.


Bagi mereka yang tidak tahu tentang FINAL FANTASY XVI, ia adalah game ARPG dan sekuel terbaru dalam barisan utama Final Fantasy. Membintangi watak protagonis baharu dalam dunia baharu dengan kisah baharu, XVI menggabungkan kombinasi gameplay FF7 Remake dan pertempuran raksasa gergasi. Kami berpeluang untuk mencuba preview awal bagi Final Fantasy XVI yang anda boleh baca di SINI.
Final Fantasy XVI akan keluar di PlayStation 5 pada 22 Jun 2023 manakala versi demo tersedia sekarang. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post