Selamba, nak tahu kenapa aku cakap selamba? Sebab, aritu ada satu acara intel 8-th Gen di Beijing. Lepas tu, ada satu spokeperson dari Dell ni buat statement yang mengatakan, jentera Dell membolehkan pemain PlayerUnknown’s Battleground untuk menjalankan Plug-In, supaya boleh dapat banyak lagi kemenangan. Tak tahu pulak yang sebiji laptop, lagi superior dari sebuah komputer yang boleh menjalankan pelbagai Plug-In, untuk menipu dalam Video Game. Tapi, spokeperson tu cakap, ianya merupakan satu marketing yang bagus.
Dell nampaknya cuba untuk menyangkal kenyataan tersebut dengan mengeluarkan satu statement yang walaupon modifikasi yang tidak sepatutnya digunakan untuk menunjukkan kelebihan Dell G series yang baru, tetapi mereka tetap kondem terhadap mereka yang menggunakan hack. Tapi, tak pakai jentera Dell pon, hackers masih lagi berleluasa dalam PUBG nih. Tak kisah la potato mana pon pc korang, selagi boleh pakai hack, memang akan dipakai.
@gamersantaimy
Discussion about this post