Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri live-action ONE PIECE yang dinanti-nantikan bakal kembali untuk Season 2 pada tahun 2026, dengan kehadiran seorang ahli kru baru yang kecil tapi sangat mencuri perhatian ramai: Tony Tony Chopper.

Kehadirannya diumumkan secara rasmi dalam acara Netflix Tudum 2025: The Live Event, di mana para pelakon utama seperti Iñaki Godoy (Luffy), Mackenyu (Zoro), Emily Rudd (Nami), Jacob Romero (Usopp), dan Taz Skylar (Sanji) berkongsi pandangan pertama tentang watak hibrid rusa-manusia yang comel ini, lengkap dengan topi merah jambu besar yang menjadi identitinya.

Namun, Chopper bukanlah seekor rusa biasa. Dengan saiz kecil seperti kanak-kanak dan hidung biru yang ikonik, Chopper ialah seorang doktor yang pintar, memiliki hati yang besar dan cita-cita yang mulia.

Selepas memakan Human-Human Fruit, sejenis Devil Fruit kategori Zoan, Chopper mendapat kebolehan luar biasa untuk berubah menjadi hibrid manusia-rusa dan bercakap seperti manusia.

Impiannya? Menjelajah ke seluruh dunia dan menyembuhkan segala penyakit—kemahiran yang sudah pasti sangat berguna untuk kru Straw Hat dalam pengembaraan mereka merentasi lautan luas.

Chopper pertama kali diperkenalkan dalam manga ONE PIECE karya Eiichiro Oda pada Bab 134 (Jilid 15, 2000), dan muncul dalam anime pada Episod 81 pada tahun 2001.

Sejak itu, Chopper menjadi salah satu watak kegemaran peminat, terkenal dengan kecerdasan, kecekalan, dan kecomelan yang sukar untuk ditolak.

Dalam versi live action ini, Chopper akan disuarakan oleh Mikaela Hoover, yang turut melakukan tangkapan wajah untuk watak tersebut, memberikan sentuhan personaliti kepada watak Chopper yang kompleks.

Pasukan kesan visual dari Framestore turut berganding bahu dengan reka bentuk manga asal karya Eiichiro Oda untuk memastikan penampilan Chopper kekal setia kepada versi asal sambil sesuai untuk aksi langsung.

ONE PIECE Season 2, hasil kerjasama antara Shueisha, Tomorrow Studios (rakan kerjasama ITV Studios), dan Netflix, menjanjikan lebih banyak pengembaraan mendebarkan ketika kru Straw Hat meneruskan perjalanan mereka.

Teruskan mengikuti perkembangan terkini sementara kita semua menantikan saga aksi langsung ONE PIECE yang akan ditayangkan pada 2026!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chopperone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

Next Post

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd