Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Death Stranding Director’s Cut PC akan dilancarkan pada 30 Mac 2022!

Maira by Maira
January 28, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, Steam
0 0
0
Death Stranding Director’s Cut PC akan dilancarkan pada 30 Mac 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa minggu khabar angin dan kebocoran, penerbit 505 Games telah mengesahkan bahawa Death Stranding Director’s Cut akan dilancarkan untuk PC pada 30 Mac 2022. Kebocoran mengenai versi PC Death Stranding Director’s Cut dibuat awal bulan ini menurut sumber yang tidak mahu dikenali.

Sony Interactive Entertainment menerbitkan Death Stranding Director’s Cut di PS5 pada September 2021 yang lalu Ia menampilkan kandungan serba baru dalam bentuk mekanik tempur yang dipertingkatkan, trek perlumbaan dan beberapa misi tambahan. Remaster ini memberikan pengalaman tambahan dengan visual 4K dalam mod Fidelity, mod Performance untuk mencapai 60 fps , audio 3D dan sokongan untuk haptic feeback dan adaptive trigger pada controller DualSense. Jika anda membeli Edisi Digital Deluxe, ia akan menampilkan penambahan baru seperti art book digital, tambahan warna sut dan set avatar PSN.

Akhirnya, pemain PC juga berpeluang untuk merasai pengalaman yang sama kecuali sokongan pada DualSense tersebut. Ia akan tersedia di Steam dan Epic Games Store pada 30 Mac 2022. Kepada pemain yang sudah memiliki Death Stranding, anda juga berpeluang untuk mendapatkan upgrade untuk versi Director’s Cut dengan harga $9.99 (anggaran RM 40). Jika anda masih belum memilikinya, versi ini mungkin akan dijual pada harga RM 209.

Dengan membeli versi Director’s Cut ini, anda berpeluang untuk bermain dengan frame rate yang lebih tinggi, sokongan untuk monitor ultrawide, kandungan kolaborasi Cyberpunk 2077 dan bonus dalam game seperti berikut:

  • Artbook digital
  • Power Glove emas
  • Backpack tambahan
  • Pilihan penyesuaian BB pod terbaru

Death Stranding pada asalnya datang ke PS4 pada November 2019, menawarkan pengembaraan unik oleh pembangun game terkenal, Hideo Kojima yang lain di pasaran. Beberapa bulan selepas itu, 505 Games membawa tajuk itu ke PC, yang membuka peluang kepada pemain PC untuk mencubanya. Pada Mac 2021, game itu telah mencapai jualan lebih lima juta pada kedua-dua platform.

Anda boleh membaca review Death Stranding Director’s Cut PS5 dari kami untuk melihat kandungan tambahan tersedia. Untuk membaca liputan lain dari kami mengenai game ini, sila klik pautan ini.

Sumber: Screenrant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Death Stranding Director's CutPC
Previous Post

Steam dan Epic Lunar Sale 2022 sudah bermula! Jom usya game baru!

Next Post

Attack on Titan merupakan anime yang mendapat permintaan tinggi 2021 menurut analisis!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Attack on Titan merupakan anime yang mendapat permintaan tinggi 2021 menurut analisis!

Attack on Titan merupakan anime yang mendapat permintaan tinggi 2021 menurut analisis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd