Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Space remake akan dilancarkan 27 Januari 2023 untuk PS5, Xbox Series dan PC

Maira by Maira
May 13, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Dead Space remake akan dilancarkan 27 Januari 2023 untuk PS5, Xbox Series dan PC
Share on FacebookShare on Twitter

EA Motive telah mendedahkan tarikh lancar serta rakaman in-game untuk game Dead Space remake dalam livestream pembangun baru-baru ini. Diumumkan bahawa Dead Space remake akan menemui pemain pada 27 Januari 2023. Pengarah kreatif, Roman Campos-Oriola, penerbit kanan Philippe Ducharme dan pengarah seni Mike Yazijian telah mendedahkan empat video mengenai reka bentuk serta beberapa perkara mengenai game tersebut. Video tersebut juga masih lagi dalam peringkat pre-alpha, jadi hasil akhir mungkin berbeza.

Dead Space Remake

Walaupun ia banyak menyentuh pada bahagian teknikal game, terdapat juga maklumat lanjut mengenai bilik tertentu di USG Ishimura dan penerangan yang lebih terperinci tentang kesan visual apabila berinteraksi dengan persekitaran. Pembangun juga berkata bahawa mereka ingin membuatkan Ishimura menjadi lebih terbiar dan kelihatan lebih realistik.

Kebanyakkan aset yang digunakan juga nampaknya datang daripada aset game original. Terdapat juga sut baru Isaac dalam beberapa konsep yang terperinci, mengikut lore game itu. EA Motive juga sangat terbuka dengan maklum balas peminat. Mereka telah menukarkan beberapa bunyi daripada Plasma Cutter dan Pulse Rifle. Anda boleh menonton video dibawah untuk perincian lanjut mengenai Dead Space remake.

Mesti ramai yang tidak sabar untuk mencuba remake game lama ini. Melihat pada usaha pembangun untuk mengekalkan sebanyak mungkin “rasa” daripada game original, ia mungkin boleh memuaskan peminatnya. Dead Space remake dirancang untuk pelancaran pada awal tahun 2023 untuk pelbagai platform seperti PS5, Xbox Series X dan PC. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Dead Space, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Space RemakeEA Motive
Previous Post

Pemain CS: Go tambah recoil pada mouse, tanpa sengaja musnah set PC

Next Post

Epic Games menawarkan tiga game percuma termasuk Prey, claim sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Epic Games menawarkan tiga game percuma termasuk Prey, claim sekarang!

Epic Games menawarkan tiga game percuma termasuk Prey, claim sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd