Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Rising Deluxe Remaster Akan Datang 19 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2024
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dead Rising Deluxe Remaster Akan Datang 19 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom mengumumkan bahawa Dead Rising Deluxe Remaster akan dilancarkan secara digital untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 19 September. Versi fizikal akan menyusul pada bulan November.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer penuh rasmi di bawah untuk melihat segala pembaharuan:

Dibuat semula dari bawah dengan RE ENGINE milik Capcom, Dead Rising Deluxe Remaster ialah remaster definitif bagi game klasik Dead Rising (2006), yang menyampaikan penampilan serba baharu kepada genre zombie dengan aksi dan pertempuran gila, pelbagai pilihan senjata unik, pakaian yang aneh, dan jalan cerita yang komedi dan menarik.

“Dead Rising Deluxe Remaster memperkenalkan semula wartawan bebas Frank West ketika dia meneroka Willamette, Colorado selepas mendengar ada sesuatu yang berlaku di bandar. Frank tidak lama kemudian mendapati dia berada di tengah-tengah wabak zombi dan mempunyai 72 jam untuk mendedahkan kebenaran tentang wabak ini!”

Kredit: Capcom

Apa Yang Baru?

  • Grafik yang dikemas kini
    • Lihat Willamette Parkview Mall ditakluki oleh gerombolan zombie dalam resolusi sehingga 4K dengan frame rate 60 FPS!
Kredit: Capcom
  • Model watak yang dikemas kini
    • Dead Rising Deluxe Remaster memperkenalkan model watak baharu untuk Frank West, para Psychopath yang gila, NPC termasuk Brad, Jessie, Isabela dan Madonna, mangsa yang terselamat daripada wabak dan gelombang zombie yang tiada berkesudahan.
Kredit: Capcom
  • Penambahbaikan Quality of Life
    • Frank West kini boleh bergerak sambil menyasar.
    • Game mempunyai fungsi auto-save! Jangan risau, manual save masih tersedia juga.
    • Semua interaksi NPC dan mangsa yang terselamat kini disuarakan sepenuhnya.
    • Tingkah laku baharu dan pelbagai untuk NPC.
    • Pencahayaan real-time dan efek bayang-bayang.
    • Kawalan yang lebih intuitif dan user-friendly.
    • User interface baharu yang dikemas kini.
Kredit: Capcom
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Rising Deluxe Remaster
ShareTweetSend
Previous Post

“Dilhamkan Mitologi Jepun Kuno” – Interviu Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Bersama Pengarah & Produser Game

Next Post

Game Baru Resident Evil Dalam Pembikinan, Mungkin RE9!?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game Baru Resident Evil Dalam Pembikinan, Mungkin RE9!?

Game Baru Resident Evil Dalam Pembikinan, Mungkin RE9!?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd