Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dead Island 2 Percuma di Epic Games Store Hingga 22 Mei 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, Seram, Survival
0 0
0
Dead Island 2 Percuma di Epic Games Store Hingga 22 Mei 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian daripada promosi MEGA Sale 2025 di Epic Games Store, pemain kini boleh menuntut Dead Island 2 secara percuma sehingga 22 Mei 2025.

Tawaran ini membolehkan anda menambah game asas ke dalam library anda tanpa sebarang bayaran, namun expansion seperti Haus dan SoLA tidak termasuk. Selepas tarikh tamat, game ini akan kembali dijual pada harga asal, sekitar MYR 156.90.

Happiness is just a few thousand zombies away thanks to MEGA Sale with this week’s FREE games! https://t.co/mqSSRoz26l

🖥️ Available on PC Only: Dead Island 2
🖥️📱 Available on PC and Mobile: Happy Game pic.twitter.com/22spoooSUO

— Epic Games Store (@EpicGames) May 15, 2025

Untuk menuntut Dead Island 2, anda hanya perlu melayari laman web Epic Games Store atau menggunakan aplikasi Epic Games Launcher, log masuk ke akaun anda, dan tambahkan game ke dalam library sebelum promosi berakhir. Sebaik sahaja dituntut, game ini akan menjadi milik anda secara kekal.

Kredit: Dambuster Studios

Dibangunkan oleh Dambuster Studios dan diterbitkan oleh Deep Silver, Dead Island 2 ialah first-person action RPG yang dilancarkan pada 21 April 2023. Ia tersedia untuk PC (pada mulanya melalui Epic Games Store, kemudian di Steam), PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X|S.

Sebagai game utama ketiga dalam siri Dead Island, ia meneruskan pengalaman survival zombie yang popular, berlatar di Los Angeles yang dikuarantin, digelar “HELL-A.”

Game ini menawarkan gabungan seram, humor gelap, dan aksi memburu zombie dalam semi-open world yang merangkumi 10 kawasan ikonik, termasuk Beverly Hills, Venice Beach, dan Santa Monica.

Kredit: Dambuster Studios

Dalam Dead Island 2, pemain akan berperanan sebagai salah seorang daripada enam watak yang kebal tetapi dijangkiti, masing-masing dengan kemahiran, personaliti, dan gaya permainan tersendiri.

Kisah permainan mengikuti pengembaraan mereka membongkar asal-usul wabak sambil bertarung dengan gerombolan zombie serta mangsa lain yang eksentrik.

Kredit: Dambuster Studios

Game ini memfokuskan kepada pertempuran jarak dekat yang pantas, dikuasakan oleh sistem FLESH (Fully Locational Evisceration System for Humanoids) yang membolehkan pemain memotong anggota badan zombi dengan tepat dan menyasarkan titik lemah mereka.

Pelbagai jenis senjata boleh digunakan, daripada parang dan crowbar hingga katana berapi dan cakar elektrik. Pemain juga boleh menaik taraf dan mengubah suai senjata dengan kesan elemen atau kombinasi kreatif seperti chainsaw paddle.

Sistem skill card menggantikan sistem skill tree tradisional, membolehkan pemain menyesuaikan kebolehan dengan fleksibel.

Kredit: Dambuster Studios

Dead Island 2 turut menawarkan mod multiplayer, menyokong sehingga tiga pemain dalam mod co-op untuk kempen dan mod horde. Crossplay juga disokong melalui Epic Online Services.

Mod horde “Neighbourhood Watch,” yang ditambah melalui Patch 6, membolehkan pemain bekerjasama mempertahankan frat house daripada serangan zombie. Kemas kini selepas pelancaran, termasuk New Game+, turut memperkenalkan zombie baru, kebolehan tambahan, dan senjata baharu.

Kredit: Dambuster Studios

Jangan lepaskan peluang untuk menuntut Dead Island 2 secara percuma di Epic Games Store sebelum 22 Mei 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead Island 2epic games store
ShareTweetSend
Previous Post

ANIPLUS Café & ONE PIECE Berkolaborasi Untuk Pengembaraan Epik Di Singapura

Next Post

TRIBE NINE Akan Tamat Operasi Pada November 2025, Hanya Beberapa Bulan Selepas Pelancaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
TRIBE NINE Akan Tamat Operasi Pada November 2025, Hanya Beberapa Bulan Selepas Pelancaran

TRIBE NINE Akan Tamat Operasi Pada November 2025, Hanya Beberapa Bulan Selepas Pelancaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd