Baru diumumkan tadi di Gamescom 2022 Opening Night Live, penerbit Deep Silver dan pembangun Dambuster Studios rasmi akan melancarkan Dead Island 2 untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store pada 3 Februari 2023. Sempena itu, mereka mengeluarkan trailer baru yang korang boleh tonton di bawah:
Berikut adalah gambaran keseluruhan game, menurut Deep Silver:
Sebuah virus maut sedang merebak ke seluruh Los Angeles, dan mengubah penduduknya menjadi zombie yang mendahagakan daging manusia. Bandar ini dikuarantin dan tentera telah berundur. Digigit, dijangkiti, tetapi kebal, anda belajar memanfaatkan kuasa zombie yang mengalir dalam badan. Hanya anda, dan segelintir orang lain yang kebetulan tahan terhadap patogen tersebut, dapat menentukan masa depan Los Angeles (dan umat manusia).


Ketika mendedahkan kebenaran di sebalik wabak itu, anda juga akan menemui siapa—atau apa—diri anda. Bertahan, berkembang, selamatkan dunia—hanya satu hari yang biasa di HELL-A.
Daripada maklumat yang didedahkan, terdapat enam watak untuk dipilih, masing-masing dengan personaliti dan dialog unik mereka sendiri. Anda boleh mengubahsuai sepenuhnya kebolehan setiap Slayer (gelaran 6 pemain unik itu), dengan sistem skil serba baharu yang membolehkan pemain membuat re-spec (susun semula) serta-merta dan mencuba gaya permainan paling gila.

Sistem pertempuran pula memberikan pengalaman first-person penuh adrenalin dan berdarah, dengan banyak pilihan senjata tidak kira taktikal atau kejam untuk mengharungi gerombolan zombi. Untuk memberi pengalaman RPG yang betul, Dead Island 2 menawarkan banyak misi yang menarik di mana anda dan (sehingga) tiga pemain lain dapat cuba bertahan hidup di Hell-A secara mode co-op.
Sekali lagi saya ingatkan, Dead Island 2 akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store pada 3 Februari 2023 serta tersedia untuk prapesan sekarang.
Edisi Day One termasuk kandungan boleh dimuat turun “Memories of Banoi Pack,” yang mengandungi Banoi War Club, Memories of Banoi Baseball Bat, Weapon Perk (balanced, Personal space skill card).
Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post