Behavior Interactive secara rasmi telah mendedahkan ‘Dead by Daylight Resident Evil: Project W’, selaku sekuel kepada DLC pertama. Chapter baharu itu bertemakan Resident Evil dan menambah dua Survivor baru dan seorang Killer ikonik yang pasti akan menakutkan pemain di seluruh dunia.
Pertama sekali, Dead by Daylight Resident Evil: Project W akan menambah Ada Wong dan Rebecca Chambers sebagai dua Survivor baharu di dalam game. Masing-masing mempunyai ‘perk’ mereka sendiri berdasarkan ciri-ciri personaliti daripada francais Resident Evil, tetapi buat masa ini pihak studio tidak mendedahkan maklumatnya secara terperinci.
Fokus utama untuk Chapter ini, sudah tentu adalah Killer baharu -Albert Wesker. Sebagai salah seorang antagonis utama dalam siri Resident Evil, penampilannya kali ini diilhamkan oleh versi Resident Evil 5. Wesker akan menggunakan Virus Uroboros untuk menyerang dan membunuh Survivor, tetapi bagaimana kuasanya berfungsi masih tidak diketahui.


Menurut studio, Behavior Interactive masih menguji Virus Uroboros dan cuba mengimbanginya untuk mencipta pengalaman yang menyeronokkan bagi pemain.
Selain daripada tiga watak ini, peta Raccoon City Police Department akan dibahagikan kepada dua peta berasingan apabila DLC ini dilancarkan. Satu bahagian akan menumpukan pada bahagian timur manakala satu lagi di barat. Perubahan ini dibuat untuk memberi pemain peluang untuk mempelajari peta dengan lebih baik dan menipu Killer menggunakan ruang ‘outdoor’ yang lebih luas di kedua-dua peta.

Buat masa ini, tarikh keluaran rasmi tidak diberitahu untuk Chapter baharu, tetapi menurut roadmap Year 7 untuk game, ia akan tiba pada bulan Ogos-September.
Untuk segala liputan kami tentang Dead by Daylight termasuk game dating sim mereka yang baru dilancarkan hari ini, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post