Treler “in-engine” pertama untuk game Suicide Squad: Kill the Justice League telah dipamerkan di DC FanDome 2021 dan menjelaskan serba sedikit tentang jalan cerita. Walaupun treler itu tidak mempamerkan gameplay sebenar dari Kill the Justice League, ia mendedahkan lebih banyak watak dan menunjukkan beberapa adegan baru dari permainan.
Treler ini bermula dengan menunjukkan Amanda Waller merekrut Harley Quinn, King Shark, Deadshot, dan Captain Boomerang ke Suicide Squad. Skuad ini kemudian harus pergi ke bandar Metropolis yang diserang oleh Brainiac.
Salah satu perkara penting dalam permainan, (yang sangat jelas dari tajuknya), adalah bahawa ahli Justice League kini dikawal oleh Brainiac dan perlu dikalahkan. Treler ini mendedahkan lebih info tentang siapa yang dikawal termasuk Superman, Wonder Woman, The Flash, Green Lantern (John Stewart), dan seseorang hero yang mungkin adalah Red Hood atau Arkham Knight. Batmobile juga ditunjukkan dalam treler di atas, yang juga menunjukkan kehadiran seorang lagi hero dari keluarga Batman.

Suicide Squad: Kill The Justice League merupakan kesinambungan dari francais Batman Arkham oleh Rocksteady. Ini bermaksud bahawa semua watak ini selari dengan watak yang kita lihat di trilogi Arkham. Namun, masih belum jelas bagaimana Suicide Squad dan ahli Justice League akan dimuatkan dalam jalan cerita.
Selain jalan cerita, game treler itu berakhir dengan mendedahkan tarikh pelancaran untuk Suicide Squad: Kill the Justice League yang masih dijadualkan pada tahun 2022. Ini adalah berita baik memandangkan game ini telah ditunda beberapa kali pada tahun lepas kerana masalah COVID-19 yang melanda.

Pengarah kreatif dan pengasas bersama Rocksteady, Sefton Hill, sebelum ini menjelaskan bahawa setiap anggota Suicide Squad mempunyai senjata yang berbeza: Deadshot memiliki pergelangan tangan yang boleh menembak dan jetpack yang dapat digunakan untuk membakar orang, Harley Quinn menggunakan kayu besbol dan pistol grapple, King Shark menggunakan dua pisau dan sejenis meriam besar, dan Captain Boomerang akan melempar bumerang. Ia adalah permainan co-op satu hingga empat pemain di mana anda boleh bertukar antara watak sesuka hati.
Suicide Squad: Kill the Justice League bakal dilancarkan di PS5, Xbox Series X, and PC. Untuk segala liputan kami tentang DC FanDome 2021 (DCFD 2021), sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post