Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Days Gone PC menduduki tempat #1 di Steam’s Top Seller!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2021
in Artikel, Berita, Drama, PC, Steam
0 0
0
Days Gone PC menduduki tempat #1 di Steam’s Top Seller!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun persaingannya agak sengit, Days Gone PC mempunyai penjualan yang sangat baik pada minggu pertamanya di pelantar Steam. Sebenarnya, bekas eksklusif PS4 ini berjaya menduduki tempat teratas dalam senarai Steam Top Seller pada minggu lalu, dan berjaya mengalahkan salah satu permainan yang paling dinantikan pada masa ini iaitu Mass Effect: Legendary Edition.

Steam top sellers for the week ending May 23. Ordered by revenue ($):

1. Days Gone
2. Mass Effect Remaster
3. Biomutant (Pre-Order)
4. Resident Evil Village
5. Subnautica: Below Zero
6. Red Dead Redemption 2
7. Valve Index VR
8. The Witcher 3
9. It Takes Two
10. Cyberpunk 2077 pic.twitter.com/Q6Au4SVHFe

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 23, 2021

Penganalisis Daniel Ahmad mengumumkan berita ini di akaun Twitter-nya pada hari Ahad kelmarin. Walaupun ada beberapa masalah teknikal, dan tidak mempunyai ciri-ciri permainan yang biasa dimiliki permainan PC canggih, Daniel Ahmad mengatakan permainan ini mempunyai prestasi yang stabil. Ciri-ciri tersebut termasuk tidak mempunyai ray-tracing atau sokongan DLSS. Nampaknya, pemain tidak kisah tentang ciri-ciri tersebut, kerana banyak salinan yang terjual sehingga Mass Effect: Legendary Edition jatuh ke tempat ke-2.

Mass Effect: Legendary Edition pula adalah remaster kepada trilogi asal, tetapi ia bukan sahaja meningkatkan grafik. BioWare mengatakan bahawa mereka juga telah mengubah beberapa ciri sistem pertempuran untuk menjadikan gaya lebih sesuai dengan apa yang biasa digunakan pengguna pada konsol semasa.

Mengapa Days Gone sangat popular? Sebab paling besar adalah ia merupakan bekas eksklusif PS4 yang baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di PC. Untuk pemain yang tidak memiliki konsol Sony, anda boleh mula bermain game zombie ini buat pertama kalinya.

Selain itu, terdapat satu lagi penambahan baru untuk 5 permainan terlaris di Steam pada minggu lalu. Walaupun beberapa masalah prestasi dilaporkan untuk versi Biomutant di PS4, pra-pesanan untuk versi PC berjaya menduduki tempat ketiga dalam senarai Steam. Harap maklum bahawa projek terbaru THQ Nordic ini akan dilancarkan pada hujung minggu ini.

Days Gone kini boleh didapati di PS4 dan PC. Untuk baca ulasan penuh saya, sila tekan di sini. Untuk segala liputan kami tentang Days Gone, sila tekan pautan ini.

Sumber – Daniel Ahmad

Muat turun di sini
Days Gone
Release Date: 2019-04-26
PlayStation 4
Days Gone adalah permainan video seram kelangsungan hidup aksi-aksi 2019 yang dikembangkan oleh Bend Studio dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: days goneMass Effect Legendary EditionPCsteamSteam Top SellerTop Seller
Previous Post

The Infinity membawa pulang RM132 ribu! Tahniah kepada atas kejuaraan PMPL SEA S3!

Next Post

Pemaju Apex Legends respon pada isu skin yang terlalu mahal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pemaju Apex Legends respon pada isu skin yang terlalu mahal!

Pemaju Apex Legends respon pada isu skin yang terlalu mahal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd