Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dari manhwa ke game mobile, Solo Leveling Arise tunjuk gameplay RPG baru! – Akan keluar 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2022
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Dari manhwa ke game mobile, Solo Leveling Arise tunjuk gameplay RPG baru! – Akan keluar 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan siri web novel dan manhwa popular Solo Leveling, game RPG buatan Netmarble -“Solo Leveling Arise“- telah mendedahkan video promosi baharu dan playable demo di acara G-Star 2022 yang diadakan dari 17 hingga 20 November di Korea Selatan. Buat info semua, game ini masih dalam pembangunan tetapi dijangka akan keluar untuk PC dan mobile pada tahun 2023.

Daripada trailer di atas, Solo Leveling akan menggunakan konsep action RPG hack n slash sebagai asas kepada gameplay utama. Namun, game ini tidak akan berlangsung secara open-world seperti Genshin Impact, tetapi lebih kepada dungeon-based supaya mirip jalan cerita original.

Dalam gameplay, kita akan mengawal Sung Jin-Woo, sang protagonis yang boleh menyeru “bayang” untuk bertarung bersamanya. Bayang ini boleh ditukar antara pelbagai jenis lain dan merupakan outlet utama untuk kita melakukan combo. Seperti biasa, ada pelbagai watak selain Sung Jin-Woo dan senjata dengan pelbagai rarity yang boleh didapati melalui gacha.

384

Seperti saya kata tadi, Solo Leveling Arise akan mengadaptasikan jalan cerita original, pemain dapat meningkatkan level watak dengan matlamat untuk menjadikan dia sebagai hunter terkuat di dunia. Buat masa ini, hanya tiga game mode sahaja yang disahkan iaitu; “Story Mode” yang menceritakan semula kisah Sung Jin-Woo, “Hunter Mode” ala PvP yang membolehkan kita bertarung dengan hunter lain daripada guild berbeza dan “Time Attack Mode” yang memerlukan kita mengalahkan musuh dengan cepat.

Bukan itu sahaja, Solo Leveling juga akan menerima adaptasi anime oleh A-1 Pictures dan kemungkinan besar ia akan ditayangkan pada tahun yang sama, 2023. Kita masih tiada maklumat tentang versi anime tetapi harap-harap, pihak produksi boleh mengumumkan lagi banyak maklumat dalam masa terdekat.

Itu sahaja yang saya tahu! Solo Leveling disahkan akan keluar pada 2023 untuk Android, iOS, dan PC. Malangnya, belum ada tarikh keluaran yang tepat. Anda boleh melayari laman web rasmi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sinopsis Solo Leveling:

Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Sumber – GamerWK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: manhwaMobilePCSolo Leveling Arise
Previous Post

“Penuh Bug dan Glitch” — Pemain Pokemon Scarlet & Violet Mula Minta Refund!

Next Post

SAO Variant Showdown Sudah Lancar di Android & iOS! Download Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
SAO Variant Showdown Sudah Lancar di Android & iOS! Download Sekarang!

SAO Variant Showdown Sudah Lancar di Android & iOS! Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd