Patrice Désilets merupakan pencipta asal Assassin’s Creed, telah digugurkan dari Ubisoft selepas projeknya 1666 Amsterdam di batalkan dan lepas tu dia tubuhkan Panache Digital Games pada 2014. Hasilnya? Game Ancestors: The Humankind Odyssey.
Trailer game ni mula ditunjuk pada E3 2015 dan pre-alpha trailer pada April tahun lepas. Game ni pasal kehidupan awal manusia dan merupakan sebuah action-adventure game yang dibina atas Unreal Engine. Background dia adalah di Afrika sekitar 10 juta tahun dulu, so korang leh nampak koloni apes berinteraksi dengan alam sekitar, termasuklah dengan sabre tooth tiger.
Ketika di The Game Awards, Désilets menjelaskan yang game adalah open-world adventure yang akan meneliti cabaran menjadi manusia di awal kewujudannya. Footage terbaru ni menunjukkan pro-humans ni memburu dan di buru; dalam kumpulan dan berseorangan.
Game ni bakal tiba untuk Playstation 4, Xbox One dan PC tahun depan.
https://www.youtube.com/watch?v=ltkVqZF_t2U
@gamersantaimy
Discussion about this post