Steam hari ini telah menawarkan potongan harga sebanyak 10% diskaun untuk game survival-strategy baru, iaitu Until We Die dalam waktu yang terhad! Harga sebelum promosi ini adalah RM34.00, tetapi sekarang anda boleh dapatkannya dengan harga RM30.60 sahaja. Walaupun hanya 10% potongan harga sahaja, tetapi ianya merupakan game baru yang berbaloi untuk didapatkan bagi anda yang minat bermain game genre survival.
Until We Die telah dibangunkan dan diterbitkan oleh Pixeye Games, sebuah studio game yang beroperasi di Rusia serta dilancarkan di platform PC melalui Steam pada 3 Jun yang lalu. Game ini membawa gaya gameplay side-scrolling strategy, dimana pemain akan menjadi watak Ivan yang perlu menugaskan pasukan tentera untuk melawan mutant didalam subway. Anda perlu mempertahankan kubu dari serangan makhluk mutant yang datang secara segerombolan dan tidak membiarkan Ivan mati atau Power Generator dihancurkan oleh mereka.
Dalam Until We Die, anda akan mengoperasikan dan memberi arahan kepada subjek untuk membina benteng, membuat penyelidikan teknologi supaya kubu dalam keadaan selamat dan mampu bertahan dengan lebih berkesan. Pemain juga perlu menghantar pasukan ekspedisi ke permukaan atas subway untuk membesarkan kawasan bagi mendapatkan sumber dan menyerang makhluk mutant. Selain itu, anda perlu mengumpulkan bekalan dari crates dan mengutip apa sahaja yang boleh dimakan kecuali tikus sepanjang perjalanan.
Buat masa ini, Pixeye Games kini sedang membangunkan Until We Die untuk platform Nintendo Switch. Anda boleh ikuti saluran sosial media mereka seperti Twitter dan Discord, atau pergi terus ke laman rasmi Pixeye Games. Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan game survival terbaru ini dengan harga yang murah sekarang sementara masih dalam waktu tawaran! Anda boleh tekan sahaja pautan yang disediakan ini untuk membeli Until We Die di Steam.

@gamersantaimy
Discussion about this post