Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan Predator Helios Neo 16 dengan nilai bermula RM4,899 – spec RTX4050 & 8GB RAM!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Promosi, Teknologi
0 0
0
Dapatkan Predator Helios Neo 16 dengan nilai bermula RM4,899 – spec RTX4050 & 8GB RAM!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini didedahkan semasa sidang akhbar global next@acer, laptop Predator Helios Neo 16 (PHN16-71) nampaknya sudah mendarat di Malaysia pada nilai harga bermula RM4,899.

Sebagai ahli terbaharu dalam siri Helios, Predator Helios Neo 16 mengekalkan prestasi hebat pendahulunya, tetapi menurunkan harga kepada nilai yang lebih berpatutan. Dilengkapi dengan pemproses 13th Gen Intel Core HX dan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan Kuasa Grafik Maksimum 140W, ini membolehkan pemain menolak had pengalaman gaming mereka. Bersama memori sehingga 16GB RAM DDR5 dan 1TB PCIe NVMe SSD, peranti ini menyediakan tempoh loading sepantas kilat walaupun untuk game paling mencabar.

Predator Helios Neo 16 memiliki paparan 165Hz 16-inci dengan pilihan sama ada panel WQXGA atau WUXGA IPS yang menyediakan nisbah aspek 16:10 dan 100% sRGB dengan NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC yang menghebatkan lagi visual supaya sentiasa lancar dan terang semasa adegan gaming pantas .

Bagi sesiapa yang berminat, produk ini boleh didapati sekarang di Acer eStore dan kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada. Predator Helios Neo 16 dijual dari RM4,899 dan sesiapa yang membuat tempahan sebelum 8 Mei 2023 di kedai konsep terpilih akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM900.

Ini termasuk Predator Urban Gaming Backpack V2, Predator Cestus 330 Gaming Mouse, Predator Snapback Cap dan Acer SuperCare 2 yang menyediakan 3 tahun waranti dengan perlindungan kerosakan dan kecurian yang tidak disengajakan.

Spesifikasi rasmi menurut Acer:

ModelPHN16-71-77HUPHN16-71-54A6
ProcessorIntel® Core™ i7-13700HXIntel® Core™ i5-13500HX
GraphicNVIDIA® GeForce® RTX4060 8GB GDDR6 (MGP: 140w)NVIDIA® GeForce® RTX4050 6GB GDDR6 (MGP: 140w)
Display16″ 165Hz WQXGA Ultra Slim Design, 16:10 Aspect Ratio sRGB 100%16″ 165Hz WUXGA Ultra Slim Design, 16:10 Aspect Ratio sRGB 100%
Memory16GB DDR5 4800Mhz
(Upgradable up to 32GB DDR5)
8GB DDR5 4800Mhz
(Upgradable up to 32GB DDR5)
Storage1TB PCIe NVMe Gen4 SSD512GB PCIe NVMe Gen4 SSD
Wireless & Networking• Killer™ Wi-Fi 6 AX 1650i
• Bluetooth® 5.1
• Killer™ Ethernet E2600
Input & Output• 1 x HDMI® 2.1 port with HDCP support
• 2 x USB Type-C™ port supporting:
•USB 3.2 Gen 2 (up to 10 Gbps)
•DisplayPort over USB-C
•Thunderbolt™ 4
•USB charging 5 V; 3 A
• 2 x USB 3.2 Gen 2 port with 1 featuring power-off USB charging
• 1 x USB 3.2 Gen 1 ports
• 1 x 3.5 mm Headphone/speaker jack, supporting headsets with built-in microphone
• microSD™ Card Reader
AudioDTS® X: Ultra Audio
WebcamVideo conferencing UFC
FHD video at 60 fps with Temporal Noise Reduction
Warranty2 years On Site Warranty with Accidental Damage & Theft
Dimensions360.1 (W) x 279.9 (D) x 26.55/28.25(H) mm
Weight2.6kg
PriceRM6,399RM4,899

Baca segala liputan kami tentang produk Predator di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerpredatorPredator Helios Neo 16
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail — Cara-cara Untuk Dapatkan Stellar Jade

Next Post

The Covenant Review — Filem Perang Penuh Debaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
The Covenant Review — Filem Perang Penuh Debaran!

The Covenant Review -- Filem Perang Penuh Debaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd