Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan LEGO Brawls sekarang di PS, Xbox, Switch & PC! Gabungan LEGO & game lawan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, Game Baru, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dapatkan LEGO Brawls sekarang di PS, Xbox, Switch & PC! Gabungan LEGO & game lawan!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa game “team action brawler” LEGO Brawls boleh didapati sekarang di platform Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S , Xbox One, dan PC melalui Steam. Secara ringkas, game ini menggabungkan elemen brawler, aspek customisation, dan gameplay kompetitif penuh aksi berdasarkan dunia LEGO.

Dengan ciri “cross-platform play (cross-play)” dan pelbagai mode lain, LEGO Brawls ialah permainan video mesra keluarga untuk pemain dari semua peringkat umur, tahap kemahiran dan gaya permainan. LEGO Brawls dibangunkan dan diterbitkan oleh LEGO Group dengan kerjasama Red Games Co., dan diedarkan oleh Bandai Namco Entertainment.

Bina patung mini anda sendiri!

“LEGO Brawls mempamerkan permainan LEGO dalam cara serba baharu dengan keseronokan mesra keluarga. Customize patung mini anda dan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk pelbagai aksi hebat, merentasi semua tema LEGO paling popular.”

kata Murray Andrews, Ketua Penerbitan di LEGO Games.

Mekanik “build-and-brawl” dalam game ini merupakan evolusi yang belum pernah berlaku bagi genre platform fighter tradisional. Pemain membina dan bersaing dengan patung mini LEGO custom yang direka mengikut personaliti, strategi dan gaya permainan mereka.

Dengan lebih daripada 77 trilion pilihan customisation, pemain boleh menggabungkan mana-mana bahagian, aksesori, senjata jarak dekat, power-up, emote dan lain-lain untuk membina pahlawan mereka. Acara bermusim juga menambah content dan memberi lebih banyak pilihan customization.

“Dalam pendekatan LEGO yang unik terhadap genre, imaginasi, ekspresi diri dan jenaka yang menggelikan hati menetapkan pentas untuk gaya pertandingan yang benar-benar tulen dan lucu. LEGO Brawls memecah masuk ke wilayah baru yang menggalakkan keperibadian, kerjasama pasukan dan keseronokan kompetitif.”

kata Brian Lovell, Ketua Pegawai Eksekutif Red Games Co.

Terokai alam semesta bertema LEGO!

Game ini menampilkan level ikonik bertema LEGO, daripada tema klasik popular seperti Space dan Castle, kepada kegemaran peminat seperti LEGO Jurassic World, LEGO NINJAGO dan LEGO Monkie Kid. Setiap level menawarkan mode, cabaran unik dan syarat menang yang berbeza.

Semasa multiplayer online play, pemain boleh bersaing 4v4 untuk mendapatkan mata, mengumpul collectible dalam level Collect Mode, bermain perlawanan ala battle royale di mana “setiap pemain harus berjuang untuk diri sendiri”, atau perlawanan “free-for-brawl” di mana pemain terakhir menjadi pemenang.

Dalam Party Mode, pemain boleh bermain bersama rakan secara local atau online. Dengan sokongan cross-platform, pemain di mana-mana sahaja boleh bekerjasama dan bersaing, tanpa mengira platform permainan mereka.


Sekali lagi saya ingatkan, LEGO Brawls boleh didapati sekarang di platform Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S , Xbox One, dan PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LEGOLEGO Brawlsmultiplayer
Previous Post

Siri dan Filem Anime Menarik Sepanjang September 2022! Ada Jojo, Cyberpunk dan Banyak Lagi!

Next Post

[UPDATE] Left 4 Dead 2 mungkin akan tiba di mobile, menurut info bocor!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[UPDATE] Left 4 Dead 2 mungkin akan tiba di mobile, menurut info bocor!

[UPDATE] Left 4 Dead 2 mungkin akan tiba di mobile, menurut info bocor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd