Siri Danmachi ataupun “Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon?” akan mendapat satu lagi adaptasi game. Bertajuk Danmachi Familia Myth Battle Chronicle, ia merupakan sebuah game mobile action RPG untuk iOS dan Android. Seperti biasa, game ini percuma untuk dimainkan dengan pembelian dalam aplikasi.
Danmachi Familia Myth Battle Chronicle dijadualkan untuk pelepasan pada tahun ini semasa musim bunga di Jepun.
Bercerita tentang game, anda akan merasai semula penceritaan daripada game “Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon? Familia Myth” dengan grafik anime 3D.
Bukan itu sahaja, segala aksi semasa combat kelihatan menarik malah beberapa aksi daripada siri anime juga boleh dilakukan dalam game ini. Parti pemain juga boleh dilatih dengan pelbagai elemen seperti “Adventurer”, “Assist” dan “Scene cards”. Dengan ini parti anda akan lebih bersedia sebelum memulakan pengembaraan mereka.

Lebih menarik sekali, ada mode baru yang diperkenalkan iaitu mode battle Royale, di mana kesemua pemain merupakan musuh anda. Pertempuran dalam game juga sangat mudah dimainkan kerana ianya auto-play. Walaupun begitu, formasi parti perlu menjadi tumpuan utama untuk pertempuran. Sebelum terlupa, anda boleh bentukkan parti tersendiri dengan watak-watak Danmachi seperti Hestia dan Bell Cranel!
Buat masa ini, game Danmachi Familia Myth Battle Chronicle hanya diumumkan untuk versi Jepun, masih tiada maklumat untuk versi global game. Apa pun, kalau anda tidak kisah dengan bahasa Jepun, pendaftaran untuk ujian beta tertutup sudah bermula. Hanya 3000 pemain sahaja yang akan dipilih untuk sertainya. Kalau berminat, bolehlah daftar sekarang sehingga 10 Mac! Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game, boleh lawati laman web rasminya.
@gamersantaimy
Discussion about this post