Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dandadan Dapat Adaptasi Anime Oleh Science Saru, Akan Keluar Pada 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Dandadan Dapat Adaptasi Anime Oleh Science Saru, Akan Keluar Pada 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas banyak spekulasi, nampaknya khabar angin terbukti benar. Manga Shonen Jump+ popular ‘Dandadan‘ oleh Yukinobu Tatsu rasmi akan mendapat anime oleh Science Saru dan bakal ditayangkan tahun depan! Sempena itu, mereka mengeluarkan teaser trailer untuk siri “pertempuran misteri paranormal & komedi romantik” yang anda boleh tonton di bawah:

Walaupun tarikh keluaran tepat tidak diumumkan, tetapi kita dapat tahu bahawa anime Dandadan akan dihasilkan oleh Science Saru dan diarahkan oleh Fūga Yamashiro, dengan skrip oleh Hiroshi Seko, reka bentuk watak oleh Naoyuki Onda, reka bentuk makhluk asing dan entiti ghaib oleh Yoshimichi Kameda dan muzik yang dikarang oleh Kensuke Ushio.

Kredit: Science Saru

Selepas pengumuman adaptasi anime, pencipta Yukinobu Tatsu menyampaikan mesej – khususnya untuk memuji Science Saru. Rupanya, Yukinobu adalah peminat kepada studio itu, dan meluahkan impiannya untuk mempunyai studio kegemaran mengusahakan anime bagi siri manga-nya sendiri.

“Terima kasih banyak-banyak kerana menganimasikan Dandadan kali ini. Science Saru, yang sentiasa hebat dengan karya mereka, dan kepada semua orang yang memberi perhatian kepada manga inisekarang, saya rasa ia mimpi menjadi kenyataan untuk mengerjakan Dandadan. Terima kasih banyak-banyak! Saya harap kita boleh menyokong Dandadan bersama-sama mulai sekarang. Terima kasih banyak-banyak,” tulis Yukinobu.

Kredit: Science Saru

Bagi mereka yang tidak tahu, Dandadan ialah siri manga Jepun yang disirikan dalam Shōnen Jump+ terbitan Shueisha sejak April 2021, di mana babnya dikumpulkan ke dalam 11 tankōbon sehingga Ogos 2023. Setakat November 2023, manga itu mempunyai lebih 3.2 juta salinan dalam edaran dan lebih 360 juta tontonan di platform Shōnen Jump+.

Sinopsis

Kredit: Science Saru

Seorang budak lelaki mesti melawan hantu dan makhluk asing kuat, yang semuanya berebut untuk mendapatkan kuasa rahsia “kemaluannya”, sambil ditemani oleh gadis sekolah menengah (yang dia suka secara diam) dan nenek hantu?!

Momo Ayase menjalin persahabatan luar biasa dengan seorang fanatik UFO di sekolahnya, yang dia namakan sebagai “Okarun”. Walaupun Momo percaya kepada roh dan hantu, tetapi dia menganggap makhluk asing hanyalah benda karut. Okarun pula berpendapat sebaliknya. Untuk menyelesaikan masalah, mereka berdua berusaha untuk membuktikan satu sama lain salah—Momo pergi ke lokasi UFO dan Okarun ke terowong berhantu!

Usaha mereka untuk membuktikan satu sama lain salah membawa mereka ke pengembaraan penuh misteri dan pertempuran paranormal!


Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDandadan
ShareTweetSend
Previous Post

SACRA MUSIC FES Akan ke Malaysia pada Februari 2024, FLOW Bakal Buat Persembahan!

Next Post

Assassin’s Creed Syndicate Kini Percuma di PC Sehingga 6 Disember! Tuntut Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Assassin’s Creed Syndicate Kini Percuma di PC Sehingga 6 Disember! Tuntut Sekarang!

Assassin's Creed Syndicate Kini Percuma di PC Sehingga 6 Disember! Tuntut Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd