MSI Concept Store (dahulunya terletak di BB Park) kini mendedahkan lokasi baru mereka di tingkat G Plaza Low Yat, supaya dapat teruskan perkhidmatan menyediakan produk dan maklumat terkini tentang MSI kepada pengguna Malaysia.

Menampilkan reka bentuk yang anggun dan moden, kedai ini memberikan rasa futuristik yang sesuai dengan tema keseluruhan. Selain itu, sebagai sorotan reka bentuk, logo MSI putih dengan latar belakang merah telah dipersembahkan dalam dinding akrilik di belakang kaunter dan di bahawa cahaya dari pintu masuk untuk melengkapkan bentuk bahagian dalam. Secara kasi, butiran ini cuba menggabungkan elemen komputer berprestasi tinggi MSI dengan unsur estetik.

Untuk memberikan pengalaman yang bermakna, MSI akan mengadakan pelancaran pembukaan besar-besaran di Plaza Low Yat pada 5 Januari 2022 jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan dan menarik yang akan dijalankan di kedai untuk para hadirin semasa pelancaran tersebut.

Tunggu apa lagi? Datang dan uji mesin gaming, dan produktiviti sekarang! Jangan lupa untuk menandakan tarikh pembukaan besar pada kalendar. Berikut adalah alamat penuh:
Alamat: MSI Concept Store, Lot G-003A,Ground Floor Plaza Low Yat,No 7, Jalan 1/77 Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Untuk segala liputan kami tentang produk MSI, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post