Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dah main TDM ‘The Ruins’ dalam PUBG Mobile? Ini yang anda perlu tahu jika tidak pernah mencuba lagi!

Amacam best tak best geng!

Nyny.A by Nyny.A
November 14, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Dah main TDM ‘The Ruins’ dalam PUBG Mobile? Ini yang anda perlu tahu jika tidak pernah mencuba lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda tahu, minggu lalu baru sahaja PUBG Mobile mempunyai kemaskini terbaru untuk musim ke-10. Selain dari Pas bermusim terbaru yang menggunakan tema Fury of The Wasteland bersama senjata, kereta dan segala skin dalam permainan yang terbaru, satu lagi mod Team Deathmatch (TDM) yang terbaru menarik perhatian kami yang dinamakan “The Ruins”!

Sekali pandang lokasi “The Ruins” ibarat berada di peta Sanhok yang penuh hutan sejuk bersama bangunan-bangunan purba yang runtuh, dan paling penting peta TDM yang terbaru ini lebih besar dari peta “Warehouse“! Bukan setakat peta lebih besar, cara permainanya turut berlainan kerana telah ditambah beberapa sistem mekanik terbaru yang pasti membuat ramai peminat PUBG Mobile teruja!

Okay baiklah, saya tak nak membazir masa lagi, saya sendiri pun dah puas main dalam peta ini dan kita teruskan apa sebenarnya yang ada dalam peta “The Ruins” dalam PUBG Mobile! Peta terbaru ini seperti yang disebut diatas mengambil citarasa dari dunia Sanhok yang penuh dengan hutan hujan tropika, tetapi ianya lebih sengit dari peta TDM yang tersedia ada “Warehouse”. Sebenarnya ia masih mengikut peraturan asal TDM cuma dalam peta ini memang padat dengan bangunan purba yang direka dalam bentuk maze!

Dalam peta “Warehouse”, seperti yang semua tahu selepas mati sahaja anda akan direspawn (dihidupkan) semula di kawasan (base) kita, berlainan dalam peta “The Ruins”, respawn nya ternyata dimana-mana, sekejap bahagian sanjata terletak, sekejap tengah-tengah peta sekejap atas bangunan runtuh! Iya, dan disebabkan ini, kehangatan makin bermula sebab tiba-tiba ada musuh depan muka anda! Tapi jangan terus menggelabah, seperti Warehouse, pemain dapat tempoh halimunan untuk 5 saat dan musuh tidak dapat menembak kita, jadi inilah peluang anda untuk mengejar kill!

Satu lagi yang menariknya dalam peta ini, kalau pihak musuh mati, anda dapat me-looting (mengambil barang) pihak musuh yang tumbang tu! Tapi barangan tersebut hanya spawn dalam masa beberapa saat, jadi secepat mungkin lalu je kawasan tu dan ambil peluru mereka.

Jadi ini sesuatu yang seronok dan menyenangkan pemain, kerana peta ini besar, nak pergi kawasan senjata terletak sahaja dah memakan masa. Tapi kalau ada masa nak menyelit ke kawasan senjata tu, pelbagai senjata, lampiran dan peluru yang diletak di kawasan rak/ dinding untuk pemain ambil pada bila-bila masa.

Tidak habis disitu, mod ini pemain boleh sliding! Kalau anda bermain Call of Duty: Mobile pasti anda dah puas menggunakan cara sliding ini untuk ke sesuatu bahagian kan? Yang lebih seronoknya dalam mod TDM “The Ruins” ini, sliding nya lebih jauh dan lebih laju! Jadi pemain nak beraksi lebih sambil sliding dan menembak musuh dengan bergaya tu boleh lah!

Bermain dalam peta “The Ruins” ini, pemain akan mendapati bahawa ia menawarkan lebih banyak sudut dan tempat untuk menyembunyikan diri ketika menyerang. Ia, jangan tanya kenapa saya pun sakit hati sebab banyak sangat ‘kaki camper’ dalam peta ni! Yang baiknya, disebabkan peta besar, pemain lebih senang untuk menyusun stratergi permainan dan menjadikan mod TDM lebih menyeronokan!

Jadi, dalam beberapa hari saya dah mencuba mod TDM “The Ruins” ini, memang ketara nampak setiap pasukan yang berlawan mempunyai taktik tersendiri. Jika anda bermain random agak sukar sedikit nak mengejar kill yang banyak, kerana pada awal permainan, pasukan akan berterabuh sehinggalah jumpa gerak geri masing-masing. Jika anda bermain bersama rakan-rakan, memang senang susun strategi! Dan lebih afdal kalau anda bergerak sehaluan dengan rakan-rakan agar lebih senang bar-bar menentang musuh!

Pengalaman keseluruhan saya untuk mod TDM “The Ruins” ni memang 100% saya sukakanya! PUBG Mobile ternyata harus melakukan perubahan serbegini dengan lebih kerap agar pemain PUBG mobile tidak menukar haluan kepada permainan lain. Macam mana pula dengan pengalaman anda? Jom kongsikan di ruangan komen Facebook kami!

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pubg mobilePUBG Mobile The RuinsTDM The RuinsTDM The Ruis Review
Previous Post

Pasangan kantoi dalam kamera buat aksi pelik semasa Tournament PUBG Mobile!

Next Post

Game anime RPG terbaru, Lord of Dice akan keluar pada 20 November 2019! Pre-register sekarang!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game anime RPG terbaru, Lord of Dice akan keluar pada 20 November 2019! Pre-register sekarang!

Game anime RPG terbaru, Lord of Dice akan keluar pada 20 November 2019! Pre-register sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd