Diablo Immortal baru sahaja dilancarkan pada awal bulan Jun yang lalu, dan telah memasuki pasaran Asia bulan lepas. Ia juga antara game yang boleh dikatakan bergantung banyak pada mikro transaksinya. Baru-baru ini, seorang pemain Diablo Immortal telah melabur lebih $100k (anggaran RM 445k) dalam game tersebut untuk mencipta watak paling kuat untuk mengalahkan lawannya dalam PvP. Tetapi lain pula yang berlaku selepas itu. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Youtuber jtisallbusiness telah menggunakan $100k untuk menaikkan watak Barbarian, antara class paling kuat dalam Diablo Immortal. Segala wang itu digunakan untuk memenangi dalam PvP. Malang sekali setelah berlabur begitu banyak wang, dia tidak dapat seorang pun pihak lawan semasa matchmaking. Pemain Diablo Immortal itu juga berkata bahawa dia telah mencuba sekitar 48 sehingga 72 jam untuk mendapatkan seorang lawan. Sedih pula dengar ceritanya.

Sudahlah banyak wang dibelanjakan, tetapi tidak dapat pula untuk bermain acara yang sedang berlangsung. Kalau anda ingin tahu, acara PvP Rite of Exile merupakan acara yang memerlukan clan untuk melindungi status Immortal sepanjang acara. Dengan pemain tersebut tidak boleh sertai acara itu, clan-nya mungkin dalam masalah semasa acara berlangsung. Harap-harap dia bolehlah sertai acara ini nanti sebelum ia tamat.

Masalah juga kalau game sekat kita daripada bermain dalam talian. Lagi-lagi kalau ada acara yang memberikan ganjaran lumayan. Diablo Immortal pula mempunyai sistem monetization yang agak agresif. Jadi memang tidak pelik mengapa ramai yang sanggup melabur sehingga beratus ribu untuk naikkan level dengan lebih cepat. Tetapi kalau sudah melabur banyak tidak dapat main pun masalah juga. Sabar sahajalah.
Apa pendapat anda tentangnya? Boleh kongsikannya di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Diablo Immortal daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post