Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition Akan Tiba 5 Disember Di PS5, Xbox Series & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 23, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Cyberpunk 2077: Ultimate Edition Akan Tiba 5 Disember Di PS5, Xbox Series & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi sesiapa yang sudah lama ingin bermain game Cyberpunk 2077 tetapi tidak kesempatan, saya ada berita baik untuk awak semua. Baru-baru ini, CD Projekt RED mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan Cyberpunk 2077: Ultimate Edition untuk platform PlayStation 5, Xbox Series dan PC secara digital dan fizikal di pada 5 Disember.

Ultimate Edition akan merangkumi kedua-dua base game Cyberpunk 2077 dan expansion “Phantom Liberty,” serta setiap kemas kini yang pernah dikeluarkan. Berita ini diumumkan melalui halaman media sosial mereka dan melalui blogpost.

Big news… Cyberpunk 2077: Ultimate Edition arrives on December 5th in digital AND physical form for Xbox Series X|S, PlayStation 5, and PC!

Experience the original #Cyberpunk2077 story as well as a new spy-thriller adventure in the #PhantomLiberty expansion in one package. 🔥 pic.twitter.com/IOBPCdTXFU

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) November 21, 2023

Secara am, Cyberpunk 2077: Ultimate Edition ialah open-world RPG yang mengandungi dua pengembaraan hebat: base game Cyberpunk 2077, yang berlangsung di masa depan Night City yang suram dan expansion “Phantom Liberty”, sebuah cerita spy-thriller yang berlatarkan daerah Dogtown.

Kredit: CD Projekt RED

Pemain bermain sebagai V, seorang tentera upahan dengan tambahan siber pada badan, yang memulakan perjuangan untuk bertahan hidup penuh dengan keputusan yang menentukan cerita, gameplay penuh aksi dan watak-watak yang tidak dapat dilupakan, termasuk Johnny Silverhand (lakonan Keanu Reeves) dan ejen FIA Solomon Reed (lakonan Idris Elba).

Kredit: CD Projekt RED

Ultimate Edition ialah cara terbaik untuk mengalami setiap kisah Cyberpunk 2077 dan juga mengandungi Update 2.0 percuma, yang merombak banyak sistem permainan, memperkenalkan skill tree dinamik, pertempuran kenderaan, dan musuh dan polis AI lebih bijak—serta menambah senjata, kenderaan dan pakaian baharu.

Edisi ini disokong dengan set barangan digital yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kini tersedia sebagai sebahagian daripada program “My Rewards”, tersedia untuk semua yang mendaftar.

Kredit: CD Projekt RED

Cyberpunk 2077 dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, PC melalui Steam, Epic Games Store dan GOG pada 10 Disember 2020, diikuti oleh PlayStation 5 dan Xbox Series pada 15 Februari 2022. Expansion “Phantom Liberty” dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 26 September 2023.

Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cyberpunk 2077Cyberpunk 2077: Ultimate Edition
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen Season 2 Episod 18 Ditunda, Akan Tayang pada 24 November!

Next Post

Game Call of Duty: Black Ops Baharu Dibocorkan, Bakal Lancar Hujung Tahun 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game Call of Duty: Black Ops Baharu Dibocorkan, Bakal Lancar Hujung Tahun 2024!

Game Call of Duty: Black Ops Baharu Dibocorkan, Bakal Lancar Hujung Tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd