Walaupun semasa pelancaran Cyberpunk 2077 agak kucar-kacir disebabkan penuh dengan bug dan isu lain, ia masih sebuah game yang dimainkan oleh ramai orang. Tetapi pemain konsol gen baru juga masih lagi ternanti-nanti untuk bermain game ini pada konsol mereka. Selepas kejadian yang berlaku semasa pelancarannya itu, CD Projekt Red telah melakukan pelbagai penambahbaikan kepada game tersebut supaya lebih stabil. Nampaknya, Cyberpunk 2077 hampir sedia untuk hadir ke PS5 tidak lama lagi!
Melalui Twitter PlayStationSize, ia telah menjumpai “cover art” untuk Cyberpunk 2077 versi PS5 untuk kedai PlayStation yang tersedia pada konsol. Ia juga digambarkan sebagai game native PS5 untuk Cyberpunk 2077 tanpa sebarang maklumat lanjut. Walaupun tiada perkara lain yang didedahkan selain daripada cover art itu, kita boleh menjangkakan bahawa game tersebut bakal hadir ke konsol gen terbaru pada bila-bila masa sahaja. Memandangkan akaun Twitter itu sering membocorkan maklumat lebih awal, kemungkinan besar ia akan diumumkan tidak lama lagi. Walaupun begitu, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada CD Projekt Red untuk tarikh rasmi pelancaran game itu.

Cover art yang dibocorkan itu lebih unik berbanding versi PS4 mahupun Xbox One yang memaparkan protagonis menghadapkan ke hadapan dengan pistol yang diacukan ke udara. Ramai juga yang mencari jika ada cover art yang sama ditunjukkan sebelum ini, tetapi masih tiada yang menjumpainya. Jadi, kebocoran ini sememangnya sesuatu yang boleh dipercayai buat masa ini.
Pemain di PS5 dan Xbox Series X|S sudah lama menantikan game Cyberpunk 2077 sejak ia diumumkan untuk konsol gen baru. Game itu sepatutnya dilepaskan pada penggal pertama tahun 2021 tetapi telah ditangguhkan banyak kali sehingga kini. Jika kebocoran mengenai pelepasan Cyberpunk 2077 ini betul, rasanya pemain konsol gen baru sudah boleh bersiap sedia untuk bermain game ini nanti.
Untuk mendapatkan liputan lain daripada kami mengenai game, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post