Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk 2077 menawarkan bayaran balik kepada pemain yang kecewa di PS4 & Xbox!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2020 - Updated on December 22, 2020
in Artikel, Berita, PS4, Xbox One
0 0
0
Cyberpunk 2077 menawarkan bayaran balik kepada pemain yang kecewa di PS4 & Xbox!
Share on FacebookShare on Twitter

Cyberpunk 2077 akhirnya dilancarkan, dan walaupun versi PC menerima banyak pujian, prestasinya pada konsol sebenarnya amat buruk. Oleh itu, CD Projekt Red meminta maaf kepada pemain di konsol PS4 dan Xbox One. Buat masa ini, pemaju sedang berusaha untuk kemas kini baru pada bulan Januari dan Februari, dan “amat menghargai jika [pemain] memberi peluang” dan menunggu kemas kini tersebut. Jika tidak, mereka menawarkan jalan untuk pembayaran balik bagi mana-mana pemain yang tidak berpuas hati dengan pembelian Cyberpunk 2077 mereka.

pic.twitter.com/jtF5WKCiro

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) December 14, 2020

Untuk pemain yang ingin mendapatkan pembayaran balik digital, CD Projekt Red memberitahu pemain untuk menggunakan “sistem pembayaran balik pada PS4 dan Xbox One.” Walaupun Sony amat terkenal kerana sukar memberi pembayaran balik untuk mana-mana pembelian PlayStation Store, syarikat itu telah membuat satu pengecualian untuk Cyberpunk 2077.

Versi fizikal mungkin lebih rumit kerana pemain perlu menghantar emel jika kedai yang mereka membeli permainan tidak menyediakan perkhidmatan pembayaran balik. Emel yang dimaksudkan adalah [email protected], dan pasukan CD Projekt Red berjanji akan melakukan yang terbaik untuk membantu pemain memulangkan salinan fizikal dan mendapatkan wang mereka kembali.

Pemain yang kecewa kini perlu memutuskan sama ada mereka mahu memulangkan semula permainan atau tidak, kerana emel itu hanya akan berfungsi sehingga minggu depan. Pemain mempunyai tempoh sehingga 21 Disember untuk meminta bantuan CD Projekt Red dengan pembayaran balik, di mana selepas tarikh ini, anda tidak ada peluang lagi.

CD Projekt Red mengaku dalam posting di atas bahawa tiada kemas kini yang dapat meningkatkan visual permainan. Bagi mereka yang risau tentang bug, pembaikan nampaknya sedang dilakukan. Walaupun tidak ada harapan untuk permainan yang cantik di PS4 dan Xbox One daripada segi visual, sekurang-kurangnya kebanyakkan isu teknikal di Cyberpunk 2077 akan dihapuskan.

Cyberpunk 2077 kini boleh didapati di PC, PS4, Stadia, dan Xbox One, dan kemudian di PS5 dan Xbox Series X.

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077Konsolpembayaran balikPS4refundXbox One
Previous Post

PowerUpYourGames sebagai kolaborasi Kingston dan MSI untuk Penyelesaian Gaming Terbaik

Next Post

Ulasan Airborne Kingdom: Bina sebuah empayar di langit!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ulasan Airborne Kingdom: Bina sebuah empayar di langit!

Ulasan Airborne Kingdom: Bina sebuah empayar di langit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd