Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk 2077: Info terkini tentang Phantom Liberty & Update 2.0!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Open World, PC, PS5, Shooter, Xbox Series X|S
0 0
0
Cyberpunk 2077: Info terkini tentang Phantom Liberty & Update 2.0!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, CD Projekt Red telah mendedahkan info baharu tentang Cyberpunk 2077 – khususnya tentang Update 2.0 dan DLC Phantom Liberty akan datang seperti sinematik baharu, butiran gameplay, dan lain-lain melalui acara Night City Wire.

Update 2.0 akan disiarkan secara langsung pada 21 September secara percuma di PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC manakala Phantom Liberty akan dikeluarkan pada 26 September. Mungkin ada yang tidak sempat menonton, jadi berikut adalah ringkasan maklumat;

Trailer Sinematik dibintangi Edris Elba sebagai Solomon Reed

Acara Night City Wire bermula dengan trailer sinematik baharu untuk expansion Cyberpunk 2077 akan datang, Phantom Liberty. Kita dapat melihat Solomon Reed (Idris Elba), seorang pengintip yang sudah bersara, sedang menaiki kereta api keluar dari Night City. Di dalam, dia bercakap dengan Song So Mi atau lebih dikenali sebagai Songbird, seorang Netrunner baharu yang akan ditemui oleh V semasa Phantom Liberty.

Kredit: CD Projekt Red

Reed sedar bahawa posisinya telah dibocorkan, mungkin oleh Song So Mi, dan selepas bertarung dengan beberapa musuh, dia ditembak. Masa kemudian maju 7 tahun ke hadapan di mana kita melihat Songbird di atas kapal angkasa bersama Rosalind Myers, Presiden terbaru Amerika Syarikat. Entah dari mana, sebuah peluru berpandu merempuh kapal angkasa ketika ia di atas Night City, lalu kapal itu terhempas.

Gameplay Cyberpunk 2077: Phantom Liberty & Update 2.0

Pengarah Gabriel Amatangelo bercakap tentang gameplay keseluruhan untuk Update 2.0 dan Phantom Liberty dan berkata anda boleh menjadi “netrunner senyap” atau “gengster yang memusnahkan segala-galanya”. Seterusnya, dia menjelaskan tentang Relic skill tree baharu, yang terikat dengan naratif Phantom Liberty.

Selepas itu, Amatangelo dan Karlo Matyasik (lead gameplay designer) mempamerkan tiga build baharu untuk dalam Update 2.0.

Kredit: CD Projekt Red

Dia berkata build kegemarannya ialah “bullet time ninja“, yang membolehkan pemain menggunakan “dash” dan “air dash” untuk mendekati musuh tanpa mengalami sebarang damage. Dia menggunakan pedang ninja untuk menepis peluru sebelum mengalahkan musuh yang nyawa rendah untuk mendapatkan semula HP. Build ini juga boleh digunakan semasa melompat keluar daripada kereta dan motosikal untuk menyerang dari udara, dengan kesan slow-mo.

Kredit: CD Projekt Red

Gameplay designer Yuliia Pryimak pula menampilkan build “hack-and-slash netrunner“. Dia berkata aksi “hacking” dalam Cyberpunk 2077 kini lebih kuat daripada dulu, kerana anda boleh stack hingga 4x quick hack pada satu musuh. Hack baharu ini membolehkan pemain mengodam kenderaan dan membuatnya meletup daripada jauh.

Kredit: CD Projekt Red

Lead gameplay designer Filip Downar mempamerkan build “savage slugger solo“, khas untuk pemain yang mahu aksi meriah, sama ada dengan tukul, senapang patah atau penumbuk, yang boleh digunakan untuk menangkap musuh dan melemparkannya ke musuh lain. Selain itu, anda boleh mengecas gorilla arm untuk menumbuk musuh hingga terbang ke belakang.


Cyberpunk 2077 Update 2.0 akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC pada 21 September dan percuma untuk semua orang yang memiliki game manakala DLC Phantom Liberty akan dilancarkan kemudian pada 26 September.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Gundam Akan Hadir Dengan Beberapa Game E-sukan Baru, Sedang dalam Pembangunan!

Next Post

Marvel’s Spider-Man 2 – 65 sut untuk pakai, watak boleh tukar ganti, & dunia 2x lebih besar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Marvel’s Spider-Man 2 – 65 sut untuk pakai, watak boleh tukar ganti, & dunia 2x lebih besar!

Marvel's Spider-Man 2 - 65 sut untuk pakai, watak boleh tukar ganti, & dunia 2x lebih besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd